Jumaat, 16 Januari 2026

Hi everyone, lama juga aku tak update blog RideWithMFI ni.

Semalam aku jumpa Lan dengan Izu lepak di Q Bistro. Haha, Q Bistro ni memang legenda lama. Tempat lepak penuh cerita, dari zaman dulu sampai sekarang.

Daripada sembang kosong, gelak-gelak, akhirnya cerita ride pun keluar. Dari situlah kami buat keputusan untuk ride hujung bulan ni.

Sebenarnya asal plan, aku dengan Izu je yang nak pergi. Tapi biasalah, bila cerita pasal ride, bakar punya bakar… Lan pun akhirnya nak join sekali. Tak lengkap ride kalau tak ada dia.

Agenda aku sebelum ride ni kena settle betul-betul. Kelulusan keluar negara, insurance CI & VI travel, dan juga Ext 101. Kita ni bukan orang banyak duit sangat. Jadi keluar modal sikit sekarang, asalkan boleh elak keluar duit lebih banyak kemudian. Kita usaha dan ikhtiar, selebihnya kita serah.

Pelan asal, aku dengan Izu akan RV pukul 4.00 pagi hari Jumaat. Singgah refuel sama ada di Simpang Pulai atau Tapah. Lepas tu masuk Kuala Kangsar, menghala ke Lenggong dan seterusnya Grik.

Plan awal, Izu dah siap booking hotel di Yala. Namun disebabkan situasi keselamatan semasa berikutan kejadian letupan bom di Pattani, kami berbincang dan sepakat untuk tidak mengambil sebarang risiko. Keputusan ini dibuat atas faktor keselamatan dan kesejahteraan semua ahli ride. Lan juga menyokong keputusan ini sepenuhnya.

Sebagai alternatif, kami putuskan untuk bermalam satu malam di Betong. Laluan ini lebih terkawal, sesuai untuk ride santai dan masih memberi pengalaman yang berbaloi. Selepas itu, kami akan pulang ke Malaysia melalui Route 100 loop ke Sadao untuk masuk semula ke Malaysia.

Ride ni dijadualkan bermula 30/1 hingga 1/2/2026. Harap semuanya dipermudahkan. Ya Allah, lancarkanlah perjalanan kami.

Aku dengan Izu memang dah excited. Rasa nak ride, nak ride, nak ride. Tambah pula aku dengan jentera baru. Masing-masing nak rasa jentera baru untuk jarak jauh.

Lan pula masih setia dengan Z900 dia yang kilat, dengan bunyi bassy padu. Aku siap pesan dekat Lan, “Jangan laju sangat, kampung hang dekat Pengkalan Hulu tu.”

Lan gelak dan jawab, “Takpe la, nanti aku tunggu kat border… atau singgah rumah tok aku.”

Macam tu la cerita perancangan ride kali ni. Banyak benda boleh berubah, tapi yang penting keputusan dibuat dengan matang dan selamat.

Tunggu update seterusnya di RideWithMFI. Insya-Allah aku akan kongsi perjalanan sebenar, gambar, dan cerita sepanjang ride nanti.

gambar dari https://www.holidaygogogo.com/2d1n-best-of-betong-thailand-tour/

Jumaat, 2 Januari 2026

RideWithMFI

Ride latih otak, Kreativiti dan Pembakaran Kalori

Hobi yang melibatkan fokus, pemikiran strategik dan tenaga fizikal walaupun menggunakan motosikal berat.

Menunggang Melatih Cara Berfikir

Ketika menunggang, penunggang sentiasa menilai keadaan trafik, permukaan jalan, cuaca dan pergerakan kenderaan lain. Setiap tindakan seperti membrek, menukar laluan dan mengekalkan jarak selamat memerlukan fokus serta keputusan yang pantas.

Selain itu, perancangan perjalanan seperti pemilihan laluan, pengurusan masa dan anggaran bahan api membantu membentuk pemikiran yang lebih teratur dan berstrategi.

Menunggang Merangsang Kreativiti dan Refleksi Diri

Ramai penunggang mendapati idea dan refleksi diri muncul ketika menunggang dalam keadaan tenang. Fokus terhadap perjalanan membantu minda menjadi lebih jelas dan terbuka kepada pemikiran kreatif.

Kadang-kadang idea paling baik datang semasa ride, bukan kerana laju, tetapi kerana minda menjadi lebih tenang.

Motosikal Berat Sekitar 250 kg dan Pembakaran Kalori

Walaupun motosikal digerakkan oleh enjin, menunggang motosikal berat sekitar 250 kg tetap memerlukan penggunaan tenaga fizikal. Otot teras badan, lengan, bahu dan kaki sentiasa bekerja untuk mengekalkan keseimbangan serta kawalan.

Situasi seperti trafik sesak, berhenti dan bergerak, parkir, U-turn serta menunggang di jalan berliku meningkatkan penggunaan tenaga. Oleh itu, menunggang motosikal boleh dianggap sebagai aktiviti fizikal tahap sederhana.

Situasi Menunggang dan Kesan Fizikal

  • Trafik sesak dan stop and go meningkatkan keletihan dan penggunaan otot kaki
  • Parkir dan pusingan sempit memerlukan imbangan dan kawalan berat motosikal
  • Jalan berliku dan berbukit mengaktifkan otot teras dan kestabilan badan

Nota: Pembakaran kalori bergantung kepada tempoh tunggangan, keadaan jalan dan tahap fizikal penunggang.

Kesimpulan

Menunggang motosikal bukan sekadar hobi atau hiburan. Ia merupakan gabungan latihan minda, rangsangan kreativiti dan aktiviti fizikal yang membantu pembakaran tenaga, jika dilakukan secara konsisten serta mengutamakan keselamatan.

#RideWithMFI #MotorcycleLife #RideSafe #MentalFocus #ActiveLifestyle

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...