Selasa, 7 Oktober 2025

Ride Krabi 2025 – Versys, Z900 & ER6F


KRABI RIDE

Plan ride kali ni memang dah lama kami sembang-sembang, akhirnya jadi juga. Tarikh rasmi: 23 – 27 Oktober 2025. Rider lineup:
  • Aku – Kawasaki Versys (touring machine)
  • Lan – Kawasaki Z900 (power gila, tiap kali redah highway bunyi exhaust dia boleh gegar jiwa)
  • Izu – Kawasaki ER6F (steady & smooth, macam rider dia jugak)
Itinerary Ride

📅 23/10 – Berkumpul di RnR Rawang, lepas settle semua terus gerak ke Kedah. Kita overnight kat homestay dulu, kasi rehat & recharge tenaga sebelum cross border.

📅 24/10 – Pagi-pagi terus masuk border ikut BKH. Laluan kali ni lain sikit, nak rasa pengalaman baru. Lepas settle imigresen terus hala ke Krabi.

📅 24 – 26/10 – Chill kat Ao Nang. Sunset, seafood, jalan-jalan sekitar Krabi, memang port terbaik nak lepak.

📅 26 – 27/10 – Singgah Hat Yai. Kita rehat sini semalam sebelum ride balik KL. Hat Yai memang port wajib singgah – makan, shopping sikit, baru la lengkap ride Thailand.

Feeling Sebelum Ride

Memang lain macam bila tarikh makin dekat. Group WhatsApp asyik berbunyi, bincang laluan, border, minyak, gear & barang nak bawa. Lagi best bila semua set timing & lineup clear.

InsyaAllah rancangan trip ni jadi memori terbaik hujung tahun. Ride bukan sekadar motor & jalan jauh tapi pasal brotherhood, moment & pengalaman.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...