Rabu, 18 Mac 2026

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2)

30 Januari 2026

“Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi doa yang makin dekat.”


Selepas selesai makan tengah hari di kedai berdekatan, kami terus ke tempat penginapan kami di Betong. Nama tempat itu Fourline Homey. Dari cerita orang tempatan, hotel ini juga milik Abang Halim.

Bila sampai, memang nampak hotel ini masih baru. Bilik pun besar dan selesa. Yang paling penting untuk rider macam kami, parking motor sangat mudah. Ada garaj berhampiran dengan bilik, jadi tak perlu risau tentang keselamatan motor atau nak angkut barang jauh-jauh.

Lepas simpan barang, kami bersiap untuk ke masjid berdekatan kerana hari itu hari Jumaat.

Sampai di masjid, aku agak terkejut. Maklumlah, biasanya kalau solat Jumaat di Thailand, khutbah disampaikan dalam bahasa Thai. Tapi kali ini, khutbah dibacakan dalam bahasa Melayu.

Aku pandang Izu. Izu pandang aku balik. Huhu.

Rasa macam berada dekat tempat sendiri walaupun sebenarnya kami berada di negara orang.

Dalam perjalanan musafir macam ini, banyak juga doa yang aku panjatkan. Aku memang percaya, bila kita mengembara, doa-doa kita ini Allah angkat cepat. Walaupun bukan semua Allah benarkan, tapi sekurang-kurangnya kita tahu Dia mendengar.

Antara yang paling aku syukur, niat aku untuk tunaikan nazar lembu Ariff akhirnya tercapai. Dah lama sebenarnya aku nak buat, tapi asyik tertangguh.

Selesai solat Jumaat, kami balik semula ke Fourline Homey dan berehat sekejap. Ride dari awal pagi memang buat badan terasa letih, jadi kami ambil peluang untuk tidur seketika.

Ikutkan plan petang nanti, kami nak ronda sekitar Betong pula. Antara tempat yang nak kami singgah ialah Terowong Betong Mongkollit dan juga Menara Jam Betong. Dua tempat ini memang antara mercu tanda yang terkenal di bandar kecil ini.

Lepas rehat nanti, baru kami keluar semula untuk sambung cerita Betong dari sisi yang lain pula.


To be continued... Part 3

RideWithMFI | Menuju Betong – Part 1

30 Januari 2026 | Ride Subuh Menuju Sempadan


4:36 AM – R&R Rawang, Petronas Arah Utara

Seawal jam 4:36 pagi, aku dah sampai di R&R Rawang arah utara. Suasana masih gelap, udara sejuk, tapi dalam hati memang dah tak sabar. Lebih kurang 30 minit kemudian, Lan dan Izu sampai. Masing-masing dengan muka sengih, jelas tak boleh sorok perasaan nak ride ke Betong.

Refuel & Ride Pagi Berkabus

Kami buat pit stop pertama di Simpang Pulai untuk isi minyak. Lepas tu terus gerak. Sepanjang jalan kiri kanan berkabus, suasana pagi yang tenang dan jalan pula clear. Memang syok ride time macam ni.

Lupa Sarapan Sebab Terlalu Excited

Dalam ride ni, baru perasan kami semua lupa nak sarapan. Terlalu excited sampai perut pun tak sempat fikir. Aku terus sound:

"Jom la sarapan dulu."

Izu dan Lan terus setuju. Kami memang jenis suka singgah warung dan support perniagaan orang kampung.

Sarapan Pekan Lenggong

Kami berhenti di satu pekan kecil di Lenggong. Aku ambil nasi goreng ayam, Izu pun sama. Lan pula ambil roti canai dan mee goreng.

Serius cakap, makanan kat gerai macam ni memang lain level dibandingkan sarapan di KL. Sedap, murah, dan ada rasa kampung yang tak boleh nak lawan.

Ride Sambung – Hutan Khatulistiwa

Lepas makan dan perut dah isi, kami sambung perjalanan. Laluan hutan khatulistiwa Malaysia ni memang cantik. Kadang rasa lebih cantik daripada Thailand.

Tapi thrill ride masuk negeri orang tu memang lain macam. Ada rasa excited bercampur sedikit debar.

Roadblock PDRM – Moment Tak Boleh Lupa

Sebelum sampai border, kami ditahan di roadblock PDRM. Aku dah mula sengih tengok Lan.

Dengan perangai Lan ala-ala "Bidin Alzaifa", langsung tak nampak risau pasal nombor plat. Akhirnya… dia akur. Saman dikeluarkan sebab plat tak ikut spesifikasi.

Memang moment yang buat aku gelak dalam helmet.

Border Betong – “Tol Tak Rasmi”

Sampai border, kami chop pasport Malaysia tanpa masalah. Masuk je bahagian Thailand, mula la cerita lain.

  • Imigresen Thai: RM5
  • Kastam: RM10

Bila tanya orang sekitar, katanya untuk first timer memang kena bayar kononnya untuk proses sistem.

Aku sebenarnya tak setuju benda macam ni. Tapi aku bayar je. Senang cerita, daripada nak hadap masalah:

  • Pasport tak cop
  • Borang tak lengkap
  • Kena patah balik

Aku jenis nak ride smooth. Lagi pun bukan datang sekali dua. Target aku, paling kurang 3–4 kali setahun masuk sini.

Welcome Betong – Route 410

Lepas settle semua, kami terus masuk Betong melalui Route 410. Suasana memang meriah, siap disambut dengan marketing yang sangat kuat.

Siap jumpa YB Halim. Kami pun tak lepaskan peluang, beli juga 2 helai baju sebagai kenangan.


To be continued… Part 2 🔥

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...