26 September 2025 jadi tarikh keramat mesyuarat pertama untuk ride kami. Sebelum gerak, aku tunggu geng kat Petronas Ampang, port biasa sebelum naik. Dari situ baru teruskan perjalanan ke Genting Highland.
Agenda asal kononnya nak bincang pasal laluan ride, tapi jadi panjang lebar borak pasal intercom 🤣. Nak link dengan aku punya langsung tak boleh, peliknya dengan Izu punya boleh pulak connect. Aku punya keras kepala, xtau kenapa… mungkin sebab murah sangat kot haha.
Yang lain semua settle, hotel beres, visa + CI on the way, urusan travel lama dah siap. Belajar dari pengalaman, aku beli sendiri insurans kat Etiqa 360. Lagi senang, siap boleh tambah EXT101 untuk Versys aku, memang lega sikit hati. beli insurance Thai kat ANF, print sendiri je..malas nak pk ..
Lokasi mesyuarat memang cun habis – Santai Lepak Under the Sky, Genting Highland. Suasana sejuk, view Genting padu. Sambil makan, sambil minum, sambil borak pasal intercom & laluan, akhirnya semua sepakat dengan ride plan.
Balik pula kami gerak kul 1.30 pagi. Perghhh, kabus tebal + sejuk gila. Lagi pulak tayar aku yang dah keras, memang kena panas sikit baru sedap grip. Sampai sekarang pun xtau bila nak tukar tayar tu, asyik tangguh je 😂.
Walaupun ni first meeting, semangat dia dah macam geng lama ride sama. Next trip confirm lagi best – intercom harap semua ngam, tayar settle tukar baru, Versys ready, insurans dah secure. Ride on! 🏍️


Tiada ulasan:
Catat Ulasan