Kalau anda seorang penjawat awam, keluar negara sama ada untuk bercuti atau urusan peribadi perlulah ikut prosedur rasmi. Berikut adalah langkah ringkas yang boleh dijadikan panduan:
-
Mohon cuti melalui HRMIS
-
Isi permohonan cuti seperti biasa dalam sistem HRMIS. Pastikan tarikh yang dipohon sama dengan tarikh perjalanan anda.
-
-
Lengkapkan Borang Permohonan Keluar Negara
-
Isi borang rasmi permohonan keluar negara.
-
Dapatkan sokongan dan tandatangan penyelia.
-
Scan borang tersebut untuk simpanan digital.
-
-
Beli Insurans Perjalanan (Travel Insurance)
-
Insurans perjalanan wajib sebagai perlindungan semasa berada di luar negara.
-
Simpan salinan sijil insurans dalam bentuk PDF/JPEG.
-
-
Mohon Kelulusan Ketua Jabatan melalui HRMIS
-
Selepas cuti diluluskan, masuk semula ke HRMIS untuk buat permohonan keluar negara.
-
Muat naik dokumen yang telah disahkan:
-
Borang Permohonan Keluar Negara (ditandatangani penyelia)
-
Sijil insurans perjalanan
-
-
Hantar untuk semakan dan kelulusan Ketua Jabatan.
-
Dengan langkah ini, permohonan anda lebih lancar dan selamat. Ingat, kelulusan rasmi penting sebelum melangkah keluar dari tanah air. Alhamdulillah settle part ni..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan