Cuti Sekolah Bermula, Kami Masih Bekerja di Pusat Bandar
Cuti sekolah telah bermula. Ramai yang bercuti, ramai yang keluar berjalan. Kami pula masih bekerja di pusat bandar.
Mengikut statistik, penunggang motosikal sebenarnya membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta menjadi pelengkap kepada pengangkutan awam seperti bas dan MRT.
Kepada pelancong dan mereka yang bercuti di Kuala Lumpur serta kawasan pusat bandar, selamat datang. Mungkin ramai yang akan menyambut Krismas dan Tahun Baharu di sini.
Sedikit tip untuk anda yang masuk ke bandar raya.
-
Gunakan navigator dan rancang laluan lebih awal
Pastikan anda menggunakan aplikasi navigasi dan menyemak semua laluan sebelum bergerak. Elakkan menukar lorong pada saat akhir kerana ia sangat berbahaya. Ingat, anak isteri kami menunggu di rumah. Jika tidak pasti, jangan segan bertanya. Rider di pusat bandar biasanya sedia membantu. -
Jangan bawa budaya menunggang atau memandu dari tempat lain
Cara menunggang dan memandu berbeza mengikut kawasan. Kami mungkin tidak biasa dengan gaya pemanduan anda. Bagi kami, semua yang memiliki lesen memandu yang sah mampu memandu dengan selamat jika berhemah dan bertimbang rasa. -
Berikan sedikit ruang kepada motosikal
Sebagai contoh, jika Lane 1 rapat ke kanan, Lane 2 juga rapat ke kanan dan begitu seterusnya. Susunan ini memudahkan motosikal menyusur dengan lebih selamat. Perhatikan kenderaan di hadapan dan ikut barisan supaya tidak mengganggu aliran trafik motosikal. -
Berikan isyarat semasa menukar laluan
Gunakan signal lebih awal dan lakukan dengan berhati-hati. Perubahan kecil boleh menyelamatkan nyawa. -
Sesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas bandar
Analisis keadaan trafik terutamanya waktu puncak. Tenang, sabar, dan utamakan keselamatan.
Itu saja untuk hari ini. Nanti kita sambung lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan