Isnin, 22 Disember 2025

Cuti Sekolah Bermula, Kami Masih Bekerja di Pusat Bandar

Cuti sekolah telah bermula. Ramai yang bercuti, ramai yang keluar berjalan. Kami pula masih bekerja di pusat bandar.

Mengikut statistik, penunggang motosikal sebenarnya membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta menjadi pelengkap kepada pengangkutan awam seperti bas dan MRT.

Kepada pelancong dan mereka yang bercuti di Kuala Lumpur serta kawasan pusat bandar, selamat datang. Mungkin ramai yang akan menyambut Krismas dan Tahun Baharu di sini.

Sedikit tip untuk anda yang masuk ke bandar raya.

  1. Gunakan navigator dan rancang laluan lebih awal
    Pastikan anda menggunakan aplikasi navigasi dan menyemak semua laluan sebelum bergerak. Elakkan menukar lorong pada saat akhir kerana ia sangat berbahaya. Ingat, anak isteri kami menunggu di rumah. Jika tidak pasti, jangan segan bertanya. Rider di pusat bandar biasanya sedia membantu.
  2. Jangan bawa budaya menunggang atau memandu dari tempat lain
    Cara menunggang dan memandu berbeza mengikut kawasan. Kami mungkin tidak biasa dengan gaya pemanduan anda. Bagi kami, semua yang memiliki lesen memandu yang sah mampu memandu dengan selamat jika berhemah dan bertimbang rasa.
  3. Berikan sedikit ruang kepada motosikal
    Sebagai contoh, jika Lane 1 rapat ke kanan, Lane 2 juga rapat ke kanan dan begitu seterusnya. Susunan ini memudahkan motosikal menyusur dengan lebih selamat. Perhatikan kenderaan di hadapan dan ikut barisan supaya tidak mengganggu aliran trafik motosikal.
  4. Berikan isyarat semasa menukar laluan
    Gunakan signal lebih awal dan lakukan dengan berhati-hati. Perubahan kecil boleh menyelamatkan nyawa.
  5. Sesuaikan diri dengan keadaan lalu lintas bandar
    Analisis keadaan trafik terutamanya waktu puncak. Tenang, sabar, dan utamakan keselamatan.

Itu saja untuk hari ini. Nanti kita sambung lagi.

Rabu, 17 Disember 2025

Tips Lane Splitting & Menyelit Ketika Hujan Dari Pengalaman Jalanan

Sepanjang aku berulang-alik di pusat bandar hampir dua dekad, satu perkara yang kita semua faham: kesesakan jalan raya adalah realiti harian dan motosikal bukan punca, malah sebahagian daripada penyelesaian.

Fakta kajian menunjukkan 20 buah motosikal mampu mengurangkan kesesakan dengan ketara berbanding 20 buah kereta atau van. Jadi jangan salah faham terhadap penunggang motosikal. Kami juga membantu melancarkan aliran trafik.

Berbalik kepada topik hari ini, berikut ialah tip penting lane splitting dan menyelit ketika hujan, khas untuk semua rakan penunggang:

1) Berhati-hati & Beri Isyarat

Sentiasa beri isyarat sebelum menukar laluan. Ingat, bukan anda seorang di jalan raya. Ada rakan penunggang lain yang berkongsi ruang yang sama.

2) Masuk Lorong Dengan Berhemah

Masuk laluan hanya apabila selamat. Jika ada barisan motosikal lain di lorong tersebut, beri mereka lalu dahulu. Hormati sesama penunggang.

3) Fahami Had Brek Walaupun Ada ABS

Walaupun motosikal moden dilengkapi ABS, kuasa brek bukan serta-merta. Masih ada momentum dan daya gelinciran, terutama di jalan basah. Silap gaya, tayar hadapan boleh terkunci.

4) Gunakan Hon Dengan Bijak

Gunakan hon bukan untuk marah, tetapi untuk memaklumkan kehadiran anda.

5) Kekal Tenang

Tak perlu marah-marah. Chill-chill je. Emosi adalah musuh utama keselamatan.

6) Gunakan Lampu Dengan Betul

Gunakan lampu tinggi atau spotlight jika perlu, terutama ketika hujan lebat dan jarak penglihatan terhad.

7) Jarak Selamat Itu Penting

Jangan terlalu rapat dan jangan terlalu jauh. Jarak yang salah boleh menyebabkan kenderaan lain menukar laluan secara tiba-tiba.

8) Ekzos Kuat Ada Pro & Kontra

Ekzos kuat boleh membantu beri amaran kehadiran, tetapi jika tidak ikut spesifikasi, bersedialah untuk disaman.

9) Jangan Lane Hog

Jangan kekal lama di satu barisan hingga menghalang penunggang lain. Beri laluan dan bergerak secara berhemah.

10) Bertolak Ansur & Hormat

Jika kenderaan lain memberi isyarat untuk menukar laluan, beri ruang. Hormat sesama pengguna jalan raya.

11) Elak Provokasi

Jika berlaku salah faham, angkat tangan dan minta maaf. Selesai. Nyawa lebih berharga daripada ego.

Kesimpulan: Lane splitting ketika hujan bukan soal berani, tetapi soal bijak, berhemah dan berpengalaman.

Selasa, 16 Disember 2025

Turun Cameron (Tanah Rata → Tapah): Gelap Hitam, Jalan Licin, Tapi Kami Tetap Turun

“Lepas minum di Tanah Rata, glove aku masih basah. Jalan pulak gelap hitam. Tapi aku pandang wife… dan kami tetap turun.”

RideWithMFI • Cameron Highlands • Tanah Rata → Tapah

selesai minum di tanah rata.. glove dan seluar aku still basah. tapi mengenangkan anak-anak kat rumah aku dan wife tetap dengan keputusan turun juga.. bismillahitawakkalallah...

aku clock gear 1 masuk dengan lampu dan sport light aku, usaha juga turun ke bawah masing-masing berdoa selamat sampai ke KL.. keadaan jalan gelap yang tersangat gelap seperti selekoh dan corner yang tidak berkesudahan.. kami berbual dengan sesama dengan intercom.. dalam hati janganlah bateri intercom habis..

aku tak sempat pun ambil gambar turun.. gear 2-3-1-2-3, tak ada lebih dari itu.. jalan yang lembap dan licin buat aku seriau..

tiba-tiba aku terpandang bayangan seperti hantu pocong.. namun aku diamkan aje.. tak nak masing-masing gelabah.. tak nak layan dengan gangguan itu.. aku terus pandang tempat lain...

aku rasa macam tak sampai-sampai ke bawah Tapah.. lama sangat layan selekoh dan gelap hitam.. dalam bersembang kami cuba berinteraksi untuk elak hilang fokus.. aku tanya dah hampir ke Lata Iskandar.. macam lama sangat ni.. wife aku pun bertanya macam tu juga..

tak apa lah, pelan-pelan.. sesekali berselisih dengan lori dan kereta yang naik.. kami tetap dengan kelajuan selamat kami.. betul lah kata orang, kalau tak biasa jangan buat gila.. memang ride ni bukan ride seminit dan gila.. hahah

selang beberapa minit, sampai lah ke Lata Iskandar.. aku mengusik nak tapau lempeng.. hahah kami gelak je.... selepas Lata Iskandar, aku ternampak bayangan hitam bergerak-gerak.. ahhh sudah, apa pula kali ni.. rupanya daun pisang yang bergerak-gerak.. layan je lah.. sampai ke bawah Tapah..

Bila Malam Makin “Makan” Fokus

Angin malam makin kuat. Bunyi enjin jadi satu-satunya peneman. Lampu depan cuma tembus beberapa meter, selebihnya gelap hitam. Selekoh datang tanpa henti, macam jalan ni tak bagi peluang bernafas.

Ada masa terasa macam ada mata memerhati dari dalam gelap. Tapi aku buat tak tahu. Dalam keadaan ni, akal kena lawan perasaan. Kalau emosi kalah, habis.

Intercom masih hidup. Suara wife jadi penanda aku masih waras. Aku dengar nafas sendiri dalam helmet. Perlahan… tapi berat.

Setiap kali masuk selekoh:
“Bismillah… jangan ada apa-apa.”

Ada satu moment, jalan terus sunyi. Tak ada lori. Tak ada kereta. Tak ada bunyi hutan. Sunyi yang tak normal.

Aku tekan throttle sikit, enjin berbunyi… barulah rasa hidup balik. Bila mata penat, bayang jadi benda. Benda jadi bayang.

Aku tak sebut. Tak bagi nama. Sebab bila disebut… dia datang.

Sampai bawah Tapah, baru aku sedar tangan kebas. Seluar masih basah. Glove sejuk. Tapi Alhamdulillah… kami sampai.

Turun Cameron bukan soal laju. Dia soal sabar. Soal fokus. Soal ingat siapa diri kita.

Naik Cameron itu nikmat. Turun Cameron… itu pengajaran.

Penutup

Kalau korang pernah turun Cameron waktu malam, korang faham rasa dia. Kalau belum… cukup baca pengalaman aku ni sebagai peringatan. Jalan gunung tak pernah salah yang selalu salah, kita.

#RideWithMFI #CameronHighlands #TanahRata #Tapah #RideSafe

Ahad, 14 Disember 2025

Helmet Basah, Bau Hapak Hilang Ulasan Teknikal & Perbandingan Dengan Helmet Dryer

Kalau korang rider harian, memang biasa helmet jadi basah sebab peluh atau hujan. Lepas tu muncul bau hapak/busuk yang buat mood riding terus jatuh. Aku buat satu intervensi simple guna air purifier (Cxxxx) dan hasil dia memang padu. Tapi ramai tanya: “Kan ada jual tempat kering helmet tu?” Jom aku ulas dari segi teknikal.

✅ Intervensi Aku (Kaedah DIY)

  • Guna Cuckoo Air Purifier
  • Mode: Steril
  • Fan: Level 5
  • Helmet buka visor, bagi liner/padding “exposed”
  • Biarkan seharian

Result: bau busuk hilang, liner kering sekata, dan helmet rasa segar bila pakai semula.

🔬 Kenapa Bau Helmet Jadi Busuk (Teknikal Ringkas)

Bau busuk pada helmet biasanya bukan sebab air semata-mata tapi sebab gabungan

  • Kelembapan (peluh/hujan) yang terperangkap dalam padding/foam
  • Bakteria & kulat yang suka tempat lembap, gelap, kurang angin
  • Kurang pengudaraan → proses kering jadi lambat → mikroorganisma cepat membiak

🪖 “Tempat Kering Helmet” Yang Dijual Tu Apa Jenis?

  1. Helmet Dryer elektrik (kipas + haba rendah)
  2. UV Helmet Sterilizer Box (fokus bunuh bakteria di permukaan)
  3. Portable blower kecil (airflow terhad)

⚙️ Perbandingan Teknikal (Jujur & Straight)

Faktor DIY Air Purifier (Steril + Fan 5) Helmet Dryer (Produk khas) UV Sterilizer Box
Airflow Tinggi & sekata (bergantung model) Rendah–sederhana Rendah (lebih kepada steril, bukan kering)
Haba Suhu bilik (selamat untuk material) Ada haba rendah (risiko jika suhu tak stabil) Tiada haba / minimum
Kawalan bau Kering + kurang mikrob → bau susah datang balik Kering (bergantung airflow/haba) Bunuh mikrob permukaan sahaja
Risiko pada EPS/liner Rendah Sederhana jika panas berlebihan Sederhana jika UV lama (fabrik boleh degrade)
Praktikal Boleh guna untuk banyak benda Fokus helmet sahaja Fokus steril, kapasiti terhad

🧠 Kesimpulan Teknikal

Dari segi teknikal, kunci utama untuk elak bau helmet ialah: keringkan kelembapan dalaman + kurangkan pembiakan bakteria/kulat. Jadi gabungan airflow tinggi + suhu bilik + mode steril memang logik dan efektif.

Nota penting:

  • Jangan letak helmet terlalu rapat pada outlet airflow (elak satu spot kena kuat sangat)
  • Elak hair dryer panas — boleh rosakkan foam, gam dan padding
  • Kalau liner boleh buka, lagi senang kering dan kurang bau

Kalau korang ada cara lain yang lagi power, drop kat komen. Aku pun suka test benda-benda macam ni yang penting selamat untuk helmet jangka panjang.

👉 Beli alat pengering helmet (murah & boleh guna di rumah)

COUPLE RIDE

13/12/2025

Pagi hari yang dilimpahi hujan rahmat. Subhanallah.

Sambung tidur. Plannya nak ride sarapan, couple ride dengan wife. Tapi cuaca yang agak bahaya untuk ride, aku batalkan je.

Rehat punya rehat, pukul 2 petang dah. Boring. Cakap dengan wife, jom la ride dekat-dekat. Wife cakap jom Kuala Pilah. Aku pun ok je. Sarung jaket dan bekal. Vrommm, otw wife cakap jom la makan mee kari Tg Rambutan ke, mana-mana la area Ipoh.

Ride dimulakan pada pukul 2.30 petang. Isi minyak dan ride on. Kenderaan banyak. Celok sana sini. Tiba hujan, tiba kering, tiba hujan. Sampai la Tapah, hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan. Lepak jap minum air. Sambil tu periksa keadaan motor lepas langgar lopak sebelum R&R Tapah.

Then aku pun bincang, nak patah balik ke nak terus. Wife kata, biar la, balik ada something. Aku pun cakap, ok la kita ride je la Cameron. Senyum beso bidadari aku. Hahah, pelan-pelan kayuh ye. Masa tu pukul 3.41 petang kami buat keputusan.

Then pelan-pelan la naik dengan keadaan basah. Jalan nampak clear, banyak kenderaan dah naik atas awal-awal kot. Aku ok je. Pasang fog light dan then vromm. Bismillah. Hitawakaltualillah. Sempat berhenti di beberapa tempat untuk ambil gambar. Seronok rasanya. Tujuan nak bagi isteri terapi sikit, dan bawak strawberry untuk Nana Pisha.

Lagi 1.4 km nak sampai pasar Cameron, hujan lebat. Tak berdaya dah nak lawan sejuk. Singgah Shell dan makan la isi perut sikit. Selesai, hujan reda, kami terus ke pasar dan beli beberapa buah tangan untuk anak-anak, strawberry dan jagung. Then aku sempat beli baju T-shirt bagi elak hipotermia. Hahah.

Selesai beli dan belah. Plan kami nak turun mesti lepaskan Maghrib, duduk dulu di Tanah Rata. Sempat minum dan panaskan badan di Tanah Rata. Keadaan jalan gelap gulita. Dengan bantuan F150 Future Eye, Alhamdulillah berjaya turun dengan selamat.

Keluar Tapah, kami sempat isi minyak di Behrang dan terus balik ke rumah. Sampai rumah pukul 11.30 malam. Day ride yang paling singkat aku dan Fie buat keputusan.

Refleksi hari ini: Hujan, ribut, panas, kering. Siang, malam. Kita tetap harung dan Allah izinkan untuk kita ke hadapan. Alhamdulillah. Ya Allah.

Khamis, 11 Disember 2025

Pagi ini memang kelam-kabut sejak mula. Amar sibuk minta aku cari screwdriver untuk spek dia, sedangkan dua tiga hari ini aku sendiri tidur pun macam tak lena. Badan rasa lemau, minda pun serabut, tetapi entah kenapa pagi ini aku terus tergerak hati nak keluarkan V11.

Start sahaja enjin, terus dopamine naik. Angin pagi rasa lain macam hari ini, mungkin sebab jalan lebih tenang kerana Selangor cuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor yang ke-76. Laluan pun smooth, tak jem seperti biasa.

Dari Bulatan Pandan ke Jalan Tun Razak, ride memang sedap. Celok kiri kanan pun steady, walaupun handguard aku agak bulky. Tapi tak kacau pun keseluruhan feel ride. Dalam kepala memang dah rancang nak tukar OEM esok bagi nampak lebih kemas macam versi SE.

Sambil ride, angin pagi menyapa, view bandar perlahan-lahan hidup, bunyi enjin V11 humming lembut. Dari tak cukup tidur terus hilang semua stress. Aku senyum sorang-sorang dalam helmet. Memang terapi pagi yang tak boleh diganti dengan apa-apa.

Sampai tempat kerja, parking cantik. Naik atas… buka jaket… dan masa tu aku baru perasan aku pakai T-shirt sahaja hari ini. Memang jarang berlaku, malah tak pernah dibuat rasanya.

Aku terdiam sekejap, kemudian terus tergelak sendiri. Dari awal pagi kalut, ride syok, mood naik, dan sekali ending dia macam ni. Nak tak nak memang kena keluar semula nanti untuk tukar baju.

Hari ini… memang hari lawak.

Rabu, 10 Disember 2025

AKU, VERSYS 1100 & JALAN YANG AKU PILIH

Kadang hidup ni pelik. Kita ingat bila kita mampu beli motor besar, kita masuk group motor sebab nak belajar, nak berkawan, nak tambah ilmu, semua tu benda biasa bagi seorang rider. Namun realitinya tak semudah yang kita sangka.

Aku bukan baru dalam dunia motor. Aku mula dari 250cc, struggle, belajar, jatuh bangun sendiri. Pelan-pelan aku upgrade, bukan sebab nak bergaya, tapi sebab minat yang dah sebati dalam hidup aku. Sekarang aku bawa Versys 1100, motor yang aku beli dengan titik peluh sendiri, yang aku jaga running-in dia macam jaga keluarga sendiri.

Tapi bila aku cuba masuk group tertentu, aku mula sedar satu perkara. Tak semua komuniti sebenarnya nak terima kita. Kadang group tu eksklusif, kadang penuh politik, kadang hanya orang tertentu saja yang dianggap layak. Bila tak diterima, aku terkesan. Memang terkesan, sebab aku bukan nak tumpang glamor. Aku cuma nak ilmu, nak belajar teknikal motor yang aku sendiri masih baru.

BROKEN? TAK. REALITI? YA.

Ada masa aku terfikir, “Aku ni broke sangat ke sampai group pun tak nak terima?” Tetapi bila aku fikir balik, bukan soal broke. Ini soal mentaliti sesetengah rider. Dan aku sedar, aku tak perlukan pengiktirafan sesiapa untuk jadi rider yang baik.

Aku ada kawan-kawan motor aku sendiri. Aku ada pengalaman aku sendiri. Aku ride sebab aku suka, bukan sebab aku nak impress sesiapa. Aku tak masuk group untuk minta apa-apa. Kalau kata masuk group tak ada kepentingan, itu tak betul. Kepentingan aku cuma satu, ILMU.

MULAI HARI INI AKU JALAN IKUT JALAN AKU

Aku dah buat keputusan yang paling tenang dalam hidup aku sebagai rider. Aku tak kejar lagi nak masuk mana-mana group. Kalau diterima, alhamdulillah. Kalau tak diterima, hidup tetap jalan.

Dan dari rasa kecewa itu lahirlah satu benda baru. Blog RideWithMFI.

Ini ruang aku. Ini cerita aku. Ini perjalanan aku sebagai seorang rider yang bermula dari bawah, yang tak pernah malu untuk belajar, yang tak pernah berhenti bermimpi.

Di sini aku tulis semuanya.

  • Perjalanan aku dari 250 ke 650 ke 1100
  • Running-in dan pengalaman real atas jalan
  • Rasa gelisah bila minyak tinggal satu bar tengah hutan
  • Teknik yang aku sedang belajar
  • Setup gear, foglight, visor, chain lube
  • Safety yang aku amalkan sebagai Rider
  • Ride jauh, ride dekat, ride solo

Sebab akhirnya, aku bukan rider kesunyian. Aku rider yang memilih jalan sendiri. Dan siapa tahu, jalan ini nanti yang akan bawa komuniti baru kepada aku.

PENUTUP

Untuk sesiapa yang baca blog ini, satu benda aku nak cakap. Tak perlu jadi kaya untuk dihormati. Tak perlu masuk group untuk diiktiraf. Yang penting, kita ride dengan hati yang ikhlas, jaga keselamatan, dan terus belajar.

Versys 1100 ini bukan sekadar motor. Ini simbol perjalanan aku. Dan mulai hari ini, aku tak tunggu sesiapa nak terima aku. Aku terima diri aku dulu.

Selamat datang ke dunia RideWithMFI. Di sini setiap cerita adalah satu perjalanan.

Selasa, 9 Disember 2025

TIADA YANG LEBIH MENAKUTKAN BILA MINYAK NAK HABIS TENGAH HUTAN

Running In Versys 1100 Kisah Real Minggu Lepas

Hari tu aku sebenarnya tak ada kerja sangat. Kerja semua dah siap. Patutnya boleh rileks, tapi otak tak nak bagi peluang. Sejak ambil Versys 1100 (V11) ni, jiwa rasa pelik sikit. Motor ni besar, lain macam aura dia. Nak bawa keluar pun rasa macam nak ajak anak dara keluar first date.

Tapi aku tahu, kalau tak gagahkan juga diri, running in takkan habis. Minggu depan insyaAllah aku akan ke Batu Pahat (BP) dengan isteri aku untuk kenduri kahwin Che Ruby. Dalam hati, aku tak nak la nanti bidadari syurga aku membebel:

“Sayang… awat slow sangat motor ni…”

Aku gelak je. Dalam hati aku jawab senyap-senyap, kalau nak pakai motor lama, memang kena jaga elok-elok dari awal.

Sebelum ni, aku dah mencatat lebih kurang 500++ km untuk V11 ni. Tapi Sabtu dan Ahad kebelakangan ni memang sibuk gila exam, konvo anak, urusan rumah. Badan penat, kepala pun penuh.

Bila Ahad tu baring, tiba-tiba aku rasa macam mengigil. Bukannya sebab demam, tapi sebab teringat V11 aku yang belum cukup tempoh running dia. Aku cuba bertenang, cuba pejam mata… tapi tak berjaya.

Akhirnya aku pandang isteri dan aku cakap:

“Sayang… I perlu keluar juga, hilangkan gian sikit.”

Serius, memang rasa gila. Aku dah lama main motor, tapi kali ni lain macam oo. Entah kenapa, rasa macam motor ni memanggil-manggil.

Dalam kepala aku set, pergi dekat-dekat je. Dalam 2 jam sampai rumah balik, itu plan asal.

Dari Selimut ke Jalan Raya

Lepas nekad, aku bangun, buang selimut, terus pergi ke motor. Aku panaskan enjin, bunyi enjin V11 memang sedap lain macam, rasa bergetar sampai ke tulang. Minyak masa tu masih penuh, macam biasa sebab aku memang suka mula ride bila semua ok minyak penuh, tayar ok, jiwa pun on.

Lepas tu aku tarik nafas, baca Bismillah dan terus keluar.

Route Lengkap Ride: Cheras – Hulu Langat – Titi – Karak

Route yang aku pilih haritu tu lebih kurang macam ni:

  • Cheras
  • Hulu Langat – Bt 14 (KKIC)
  • First stage sampai ke Titi, Negeri Sembilan
  • Dari Titi, sambung lagi ikut jalan belakang
  • Set Google Maps terus ke Karak, Pahang

Jalan belakang ni memang boleh tembus sampai Pahang. Jadi lebih kurang full combo ride aku:

Kuala Lumpur → Cheras → Hulu Langat (Selangor) → Titi (Negeri Sembilan) → Karak (Pahang)

Bunyi macam simple, tapi bila dah atas motor, solo, kiri kanan hutan, jalan berbukit dan berliku, suasana sunyi… perasaan dia memang lain macam. Memang sedap untuk asah corner dalam hutan simpan dan banjaran bukit ni.

Kenal Perangai “Anak Dara” Versys 1100

Versys 1100 ni memang besar dan berat kalau dibandingkan dengan motor-motor aku sebelum ni. Jadi aku memang hati-hati. Setiap masuk dan keluar corner aku cuba faham karakter dia macam mana berat jatuh, macam mana respon bila throttle buka sikit-sikit.

Shifting gear pun rasa ketat dan padat, “feel” dia macam enjin baru yang masih tengah bentuk jiwa. Aku ikut saranan ramai – habiskan running dengan banyakkan shift gear dan jangan statik pada satu rpm terlalu lama. Jalan macam ni memang terbaik: banyak naik turun, banyak corner, banyak peluang main gear.

Sambil ride solo, aku bukan laju sangat. Mesti ada yang potong aku dan fikir

“Brader ni slow betul…”

Aku senyum dalam helmet. Aku memang sengaja. Aku masih nak kenal karakter motor ni, bukan nak berlumba dengan siapa-siapa. Masuk corner, keluar corner, semua masih dalam fasa “mapping” di kepala aku.

Sesekali bila terserempak rider lain, aku sempat terfikir:

“Siyes la Fie, kau ride solo macam ni?”

Tapi aku tahu, Allah ada. Itu saja yang buat hati rasa tenang walaupun jalan sunyi.

Sambil layan perasaan, aku tengok sekeliling suasana hijau, hutan kiri kanan, kabus nipis, udara sejuk masuk celah visor. Subhanallah, cantik sungguh. Ada masa aku rasa macam pegun sekejap dengan keindahan alam. Rasa bersyukur boleh menikmati moment tu.

Sepanjang jalan, beberapa kali juga aku terserempak dengan anjing. Ada pula beberapa selekoh yang aku panggil “corner spender” jenis selekoh yang kalau silap line, memang boleh buat kau rasa ngeri satu badan. Tapi dalam semua tu, aku cuba kekal fokus dan faham betul-betul karekter V11 ni.

Detik Thriller: Minyak Tinggal 1 Bar

Sampai satu pekan kecil, aku perasan ada dua petrol pump. Dalam hati aku lega sekejap:

“Ok kot ni sampai Karak, minyak masih 3 bar…”

Jadi aku teruskan ride. Jalan berbukit, berliku, banyak naik turun. Corner demi corner, gear pun asyik naik turun. Memang sedap, tapi dalam masa yang sama, motor besar macam ni, bila dimainkan macam tu, minyak pun memang cepat turun.

Tanpa aku sedar, bila aku jeling balik ke meter…

Minyak tinggal 1 bar.

Masa tu aku rasa muka aku pucat sekejap dalam helmet. Terus hati berdegup laju, macam “alarm” dalam kepala berbunyi.

Dalam hati aku mula berborak dengan diri sendiri:

“Berapa km je lagi 1 bar ni boleh pergi?”
“Ya Allah, cukuplah minyak ni sampai stesen…”
“Aku ni bukan tau sangat tempat ni, bukan laluan harian pun…”
“Dah tua-tua pun boleh buat bodoh lagi, Fie…”

Masa tu aku betul-betul rasa, inilah agaknya maksud tajuk dalam kepala aku tiada yang lebih menakutkan bila minyak nak habis tengah hutan.

Aku cuba tenangkan diri. Aku turun sikit kelajuan, maintain rpm dan cuba bawa dengan kelajuan malar. Tak nak terlalu tekan, tak nak terlalu perlahan sampai buang masa.

Setiap beberapa kilometer, aku jeling meter. Hati dup dap dup dap. Jalan sunyi, kiri kanan hutan, lampu tak banyak. Line telefon pun bukan boleh harap sangat kalau jadi apa-apa.

Akhirnya, lepas rasa macam sangat lama, aku nampak cahaya lampu stesen minyak dari jauh. Petron Karak. Masa tu perasaan lega tu tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata.

Aku masuk stesen, berhenti, matikan enjin. Tarik nafas panjang. Dalam hati penuh syukur. Aku isi minyak, lepas tu pergi minum dulu, tenangkan hati. Memang betul-betul rasa “hidup balik”.

Lepas tu aku buka headset dan mesej isteri:

“Saya ok, sayang. Dalam 2 jam sampai.”

Ayat simple je, tapi cukup buat hati sendiri rasa lega.

Tak Serik: Karak → KL → Cyberjaya

Yang lawaknya, dalam hati aku masa tu bukannya serik. Rasa lega, tapi dalam masa sama rasa puas. Lepas settle isi minyak, aku sambung ride balik ikut laluan Karak – KL.

Sampai dekat area bandar, tiba-tiba terlintas dalam kepala:

“Susah nak dapat peluang keluar ride macam ni… alang-alang dah di atas motor, jom la singgah jumpa Lan.”

Jadi aku terus zup ke Hospital Cyberjaya. Sampai sana, aku contact Lan:

“Lan, jom minum.”
Lan: “On.”

Kami lepak, aku pun cerita satu-satu apa yang jadi – dari buang selimut, panaskan enjin, route Cheras – Hulu Langat – Titi – Karak, sampailah ke moment minyak tinggal 1 bar dalam hutan.

Lan siap “bio” betul bila dengar aku ride dengan minyak ciput macam tu. Aku hanya gelak je. Itulah cerita sebuah ride yang pada orang mungkin nampak biasa, tapi pada aku, memang lain macam.

Penutup: Sebuah Ride, Sebuah Pengajaran

Itulah kisah penuh ride aku malam tu. Dari tak ada kerja, dari sekadar baring atas katil, sampai jadi satu ride yang aku akan ingat lama. Gila? Ya, mungkin. Tapi inilah dunia seorang rider.

Aku belajar beberapa benda penting:

  • Jangan overconfident dengan 1 bar minyak, lebih-lebih lagi tengah hutan.
  • Running-in motor besar memang perlukan masa, sabar dan disiplin – bukan sekadar kuda lagi besar, terus redah.
  • Motor kena jaga, tapi bidadari syurga di rumah pun kena jaga hati juga.
  • Ride solo memang seronok, tapi jangan lupa plan minyak dan laluan.

Running-in V11 makin hampir siap, dan aku makin kenal perangai “anak dara” baru aku ni. Satu ride, satu kisah, satu pengajaran – dan mungkin, permulaan kepada lebih banyak cerita gila di blog ni.

Jumaat, 5 Disember 2025

Etika Guna Hon & Lampu (Untuk Semua Pengguna Jalan Raya)

Sebagai usaha memuaskan hati semua, sama ada pemandu mahupun penunggang sepenuh masa, izinkan saya berkongsi sedikit panduan etika penggunaan hon dan lampu di jalan raya.

1. Hon pendek (sekali)

Digunakan sebagai isyarat sedar / alert pengguna lain, contohnya apabila kenderaan lain menukar lorong secara mengejut atau hampir memasuki laluan kita.

2. Hon pendek berulang “tin tin tin”

Digunakan sebagai makluman berhemah, contohnya untuk memberitahu:

  • Tayar kenderaan bocor
  • Ada barang tertinggal atau terjatuh di atas kenderaan
  • Pintu tidak tertutup rapat

Tujuan utama: membantu, bukan memarahi.

3. Hon panjang (emosi / marah)

Kebiasaannya digunakan apabila berlaku situasi sangat berbahaya atau hampir berlaku pelanggaran. Namun begitu, hon sepatutnya kekal sebagai alat keselamatan, bukan alat untuk melepaskan emosi.


Isu Lampu “Sport Light” Motosikal

Sejak kebelakangan ini, isu penggunaan lampu motosikal yang terang / sport light sering menjadi perbincangan. Untuk makluman semua:

  • Kami sebagai penunggang juga mengamalkan prinsip “cahaya lebih laju daripada bunyi”.
  • Lampu digunakan sebagai isyarat awal, kerana cahaya dapat dilihat lebih pantas daripada hon didengari.
  • Ia bukan untuk menyusahkan atau menyilaukan sesiapa, tetapi sebagai langkah keselamatan agar kehadiran motosikal lebih cepat disedari.
  • Motosikal sememangnya mampu berada tiba-tiba di sebelah kenderaan anda dalam masa yang sangat singkat – seumpama 0.09 milisaat pada kelajuan tertentu. Isyarat visual yang jelas boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan.

Penutup

Sama ada hon atau lampu, keduanya hanyalah alat komunikasi di jalan raya. Jika digunakan dengan berhemah dan beretika, ia mampu:

  • Mengelakkan kemalangan
  • Meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya
  • Menyelamatkan nyawa

Jalan raya dikongsi bersama. Hormat sesama pengguna.

Khamis, 27 November 2025

Versys 1100 Night TTS Mini Kota Warisan
Running In Bukan Sekadar Mesin, Tapi Jiwa

Ada ride yang kita plan. Ada ride yang jadi spontan. Malam tadi aku cuma niat nak chek lampu Versys 1100. Tapi bila enjin hidup dan throttle dibuka sikit, cerita dia jadi lain.

Tepat pukul 9:55 malam, lepas sambut birthday Ika, mata memang dah rasa berat. Badan penat, tapi hati lebih berat ke arah motor yang tengah parking bawah blok. Meter Versys 1100 baru tunjuk sekitar 104 km – masih awal proses run-in.

Dalam hati aku doa pendek: “Bismillah… harap tak ada siapa perasan aku keluar malam-malam ni. Bukan nak berlagak, cuma nak kenal jiwa dengan mesin.”

Clutch gear 1 masuk. Deruman enjin 1100cc tu terasa betul-betul di dada. Bass dia halus tapi padat. Phone holder aku pasang, destination aku set ke Azhar Maju, Kota Warisan. Bracket untuk CarPlay belum sampai, jadi malam ni aku ride mode simple Waze di telefon, telinga dengar bunyi angin dan enjin saja.

Antara misi kecil malam ni adalah nak chek lampu depan Versys 1100. Lampu putih memang nampak terang bila tengok depan, tapi POV dari seat kadang rasa macam tak cukup jelas, lebih-lebih lagi bila fikir pasal ride malam dan jalan kampung yang kurang lampu.


Di Atas Highway Mode Running-In

Pesan mekanik haritu masih terngiang: “Abang boleh tarik sikit, tapi jangan clock throttle. RPM bawah 4k. Kita buat high braking dan low braking. Hard braking jangan buat dulu, motor ni nak pakai lama.”

Aku angguk. Dalam kepala, aku set SOP sendiri jangan gelojoh, jangan over. Kadang-kadang bila dengar bass enjin sedap, tangan terasa nak pusing throttle lebih sikit. Bila nampak RPM dah cecah lebih 4k, cepat-cepat aku lepaskan balik. Disiplin runin.

Kelajuan malar aku sekitar 110–120 km/j. Jalan agak gelap, permukaan tak mesra, dan kenderaan menuju KLIA semua macam mengejar masa. Aku pula bukan kejar masa aku tengah kejar feel dan cuba faham karakter Versys 1100 ni.


BMW GS Potong Rapat

Tengah fokus, sebuah BMW GS datang dari belakang dan potong rapat di sebelah. Angin potongan beri getaran kecil pada handle, buat aku terkejut sekejap, terus stabilkan motor.

Mungkin aku terlalu berhati-hati. Tapi aku bukan lambat, aku tengah running in. Tak lama selepas itu, dia angkat high beam tanda hormat sesama rider. Aku balas isyarat tangan.

Dalam helmet aku terfikir: “Dia ada perjalanan dia, aku ada perjalanan aku. Dia kejar masa, aku kejar tenang dan kenal jiwa dengan Versys 1100.”


TTS Mini di Azhar Maju

Sampai di Azhar Maju, Kota Warisan selepas lebih kurang 38 km. TTS mini bertukar jadi perbincangan untuk ride akan datang. Minum biasa, sembang luar biasa.

Kami bincang route: transit tidur sebentar di Kedah, masuk ikut Bukit Kayu Hitam, kemudian ambil laluan Highway 41 menuju Patalung untuk makan tengah hari atas bukit. Selepas itu naik ferry menuju Ko Lanta untuk bermalam dua malam. Seterusnya ke Trang dan mungkin bermalam di kawasan Pak Bara.

Aku bergurau “Elak ride gelap lagi. Malam haritu cukup sebagai pengajaran.”boleh baca hwy 44 malam serammmmmm


Hal Intercom & Usik Izu

Lan mencadangkan supaya intercom dibuat factory reset dan pairing semula sebelum ride. Untuk kami yang masih baru menggunakan model ini, prosesnya agak rumit jika buat sendiri. Lebih baik dibawa ke kedai untuk setup lengkap.

Aku mengusik Izu “Zu, tahun depan model baru keluar. Upgrade zu. Bukan setakat rupa motor, tapi sistem penting untuk ride jauh.”

Dia senyum dan jawab “Aku belum ready. Biar aku stabil dengan setup sekarang dulu. Jangan risau, aku tetap ride dengan korang.” Aku tepuk bahu dia dan kata: “Engine boleh tunggu. Kawan tak pernah tinggal.”


Penutup Malam

Jam hampir 12:40 pagi. Enjin hidup semula. Aku tarik gear 1 dan bisik dalam hati “Next ride nanti, kita bukan cari laju. Kita cari rasa.”

Kami keluar dari parkir dengan satu high beam kecil sebagai isyarat sesama rider. Jalan masih gelap, tapi hati sudah tak sesunyi masa datang tadi.


Versys 1100 & Jiwa Rider

Malam tu bukan sekadar TTS mini. Ia sebenarnya checkpoint kecil dalam perjalanan aku sebagai rider. Versys 1100 masih dalam fasa runin, tetapi jiwa aku sendiri mula hidup semula.

“Versys 1100 masih running-in… tapi jiwa aku dah redline. Dia potong sebab kejar masa, aku ride sebab kejar rasa.”

Dari 104 km ke 142 km, bukan jarak yang memberi kesan. Tapi setiap detik BMW GS potong rapat, lampu jalan kelam, gelap highway, gelak dalam mamak, dan plan Wang Kelian, Ko Lanta, Trang dan Pak Bara menjadi permulaan kepada perjalanan lebih besar.

Ini hanya episod pertama. Sambungan insya-Allah akan ditulis dalam ride akan datang.

— RideWithMFI

Rabu, 26 November 2025

Sejarah Motor Kategori Besar RideWithMFI Journey


1️⃣ Kawasaki ZZR250 (2009) – Permulaan Dunia Big Bike

Motor pertama kategori besar yang aku pernah pakai ialah Kawasaki ZZR250 tahun 2009. Aku beli motor ini daripada seorang anggota tentera, dengan kombinasi warna hijau hitam yang aku rasa cukup kena dengan karakter aku masa itu low profile, tetapi tetap ada aura rider.

Ketika itu aku gunakan ZZR250 untuk ulang alik harian dari Hulu Langat ke Hospital Kuala Lumpur. Trafik belum sesesak seperti sekarang dan alat ganti masih mudah didapati. Walaupun hanya berkapasiti 250cc, jiwa aku masa itu rasa seperti menunggang 600cc.

Spesifikasi Ringkas Kawasaki ZZR250 (2009)

Enjin248cc, 4-stroke, DOHC, 2-silinder selari
Kuasa±40 hp @ 12,500 rpm
Tork±22 Nm @ 10,500 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±148 kg (dry)
Fuel tank±18 liter

Ride Pertama Tanjung Piai, Johor

Antara ride yang paling aku ingat ialah ke Tanjung Piai, Johor titik paling selatan benua Asia. Itu merupakan ride pertama aku bersama komuniti ZZRians. Dari situlah aku rasa, inilah dunia aku sebagai seorang rider touring.

Masalah Teknikal & Pengajaran

Dalam tempoh lebih kurang enam bulan pemilikan, ZZR250 ini banyak mengajar aku melalui pelbagai masalah teknikal, antaranya:

  • ⚡ Fuse kerap blow, terutama ketika hujan.
  • ⏱️ Meter menjadi tidak stabil, bacaan RPM naik turun tanpa sebab.
  • 🚫 Enjin semput apabila high RPM.
  • 🔧 Getah paip bahan api tersepit di bawah tangki.
  • 🔥 Wiring terbakar akibat panas.
  • 🌡️ Enjin overheating ketika trafik sesak.
  • 🔋 Beberapa kali sukar untuk start.

Walaupun banyak kerenah, ZZR250 inilah yang membuka mata aku tentang pentingnya penyelenggaraan, disiplin menunggang dan keperluan “kenal motor sebelum motor kenal jalan”.

“ZZR250 mungkin bukan motor paling sempurna, tetapi dialah yang memulakan perjalanan aku sebagai rider touring sebenar.”


2️⃣ Kawasaki ER6F (2010–2023) Kisah Gila, Kisah Kuat

Selepas beberapa bulan bertahan dengan isu teknikal ZZR250, akhirnya aku serender. Kepala dah mula serabut memikirkan masalah motor. Masa itu aku tekad kalau aku mahu terus ride jauh, aku perlukan motor yang lebih boleh diharap.

Maka bermulalah episod Kawasaki ER-6F model 2010. Dengan berbekalkan deposit sekitar RM26,000, aku buat keputusan untuk ambil ER6F ini dan kerana terlalu teruja, aku sampai koyak plastik motor sendiri. Itu antara kerja gila yang kalau difikir balik memang rasa “bodo”, tetapi waktu itu kepuasan mengatasi logik.

Sehari, Tiga Kawasan Misi Siapkan Motor

Dalam satu hari sahaja, aku ulang-alik:

  • 🏥 Dari HKL ke Kapar (kedai motor) untuk urusan motor.
  • 🏍️ Dari Kapar ke JPJ Wangsa Maju menaiki Lagenda 110 merah milik adik aku untuk urusan pendaftaran.
  • 📄 Beratur di JPJ, beli insurans dan daftar nombor.
  • 🔢 Pilih dan daftar nombor plat WTY7549.
  • 🔁 Balik semula ke Kapar untuk sesi serahan dokumen dan nombor pendaftaran.
  • ⛽ Kemudian luncur pulang ke Hulu Langat, isi minyak di Petron dan terus “running in” motor baharu.

Ini zaman belum ada urusan nombor pendaftaran secara hujung jari seperti sekarang. Semua perlu beratur, isi borang dan tunggu giliran. Apabila nombor WTY7**9 disahkan, rasa puas itu susah untuk digambarkan.

Masalah Teknikal ER6F & Ketahanannya

Sepanjang pemilikan, ER6F juga tidak lari daripada masalah, tetapi ketahanannya memang mengagumkan:

  • 🔥 Coil terbakar sebanyak dua kali.
  • 💧 Radiator bocor dan perlu diganti.
  • Rectifier rosak.
  • 📍 VDS (Vehicle Down Sensor) rosak sensor keselamatan yang sepatutnya matikan enjin bila motor jatuh, tetapi bila rosak, enjin boleh cut off walaupun motor tidak rebah.
  • 🛑 Clutch habis dan perlu diganti penuh.
  • ⚙️ Mangkuk clutch makan, menghasilkan bunyi kasar pada RPM tinggi.

Walaupun begitu, motor ini tetap setia. Aku bawa ER6F:

  • 🚩 Sehingga mencapai lebih kurang 150,000 km.
  • 🌧️ Meredah banjir.
  • 🌏 Dan sampai ke Hat Yai, Thailand.

“Putih WTY7**9 kau bukan sekadar motor, kau bukti aku pernah fight untuk impian.”

Pada masa yang sama, aku sedar satu hakikat tentang diri sendiri:

“Orang lain terpukau dengan kecantikan wanita, tapi aku… aku terpukau dengan keseksian motor.”

Spesifikasi Ringkas Kawasaki ER6F (2010)

Enjin649cc, Parallel Twin, DOHC, fuel injected
Kuasa±72 hp @ 8,500 rpm
Tork±64 Nm @ 7,000 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±204 kg
Fuel tank±16 liter


3️⃣ Kawasaki Versys 650 (2016) Fasa Matang, Fasa Touring Sebenar

Selepas lama bersama ER6F, aku melangkah ke fasa yang lebih matang dalam dunia touring dengan membeli Kawasaki Versys 650 model 2016. Motor ini aku beli secara second hand daripada seorang biker di Meru, Ipoh.

Dari segi nilai, harga yang ditawarkan memang boleh dikatakan berbaloi kerana motor ini datang dengan banyak “jajan” atau aksesori touring yang sudah siap dipasang. Cuma dari sudut kondisi, terdapat beberapa isu:

  • 🔧 Fork leaking.
  • ⏱️ Meter rosak dan tidak berfungsi seperti sepatutnya.
  • Tiada ruang langsung untuk tawar-menawar harga dengan pemilik asal.

Aku menggunakan Versys 650 ini dari sekitar Januari 2025 hingga November 2025. Walaupun tempoh pemilikan tidak sampai setahun, pengalaman yang aku kumpul bersama motor ini sangat padat.

Pengalaman Ride & Pengajaran

Antara pengalaman yang paling diingati ialah ketika ride ke Krabi. Dalam perjalanan, berlaku situasi di mana gearing tiba-tiba terasa seperti tersekat, namun syukur ia tidak terus jammed. Keadaan ini cukup untuk buat jantung laju, tetapi dalam masa yang sama menunjukkan betapa lasaknya motor ini.

Dalam keasyikan menikmati ride, aku juga akui ada kelemahan dari sudut penyelenggaraan. Antara pengajaran besar ialah:

  • 🔁 Ada masa aku terlalu yakin dengan ketahanan motor sehingga terlupa tukar minyak enjin mengikut jadual.
  • 💸 Aku sedar sebenarnya aku banyak “berabis” pada motor obses sampai kadang-kadang tak fikir benda lain.

Ada satu pengakuan jujur daripada aku sendiri:

“Aku ni obes dengan motor sampai kadang-kadang tak boleh fikir apa dan jadi bodo. Orang lain terpukau dengan kecantikan wanita, tapi aku terpukau dengan keseksian motor.”

Kesilapan Masa Jual Versys 650

Bila sampai masa aku lepaskan Versys 650 ini, aku akui ada beberapa kesilapan yang aku buat:

  • ⁉️ Aku tidak kumpul semula semua aksesori sebelum jual.
  • ⏱️ Aku jual terlalu cepat tanpa dokumentasi penuh tentang perjalanan dan kondisi motor.
  • 🧾 Hakikatnya, motor tidak mengalami kerosakan besar pun cuma keputusan jual dibuat dalam keadaan terlalu emosional.

“Versys 650 sebenarnya tak salah. Yang salah, aku terlalu ikut rasa masa buat keputusan.”

Motor ini mengajar aku beza antara obses dan cinta, antara keputusan yang dibuat atas dorongan nafsu dan keputusan yang lahir daripada pengalaman.

Spesifikasi Ringkas Kawasaki Versys 650 (2016)

Enjin649cc, Parallel Twin, DOHC, fuel injected
Kuasa±69 hp @ 8,500 rpm
Tork±64 Nm @ 7,000 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±216 kg
Fuel tank±21 liter
Riding posturePosisi menunggang tegak, sesuai untuk touring jarak jauh

“Versys 650 motor yang buat aku matang dalam dunia touring. Dia ajar aku beza antara obses dan cinta. Antara ikut nafsu dan ikut pengalaman.”

Isnin, 24 November 2025

Ada ride yang kita teruskan, dan ada ride yang kita tak sempat teruskan

Hari Jumaat lepas, aku sempat berbual dengan rakan satu batch waktu belajar dulu Mohan. Kami duduk berbincang tentang kes-kes respon ambulans dan pengalaman praktikal dahulu, zaman mula-mula kami belajar memahami erti “dalam kecemasan, setiap saat itu bermakna”.

Masa tu Mohan mula buka cerita tentang insiden praktikal mereka di Klinik Kesihatan Bagan Datuk sekitar tahun 2004–2005. Kawasan tu masih gelap, jalan sempit dan suasana sunyi. Dalam perjalanan balik dari kedai minum, Mohan dan Tigilan terserempak dengan satu kemalangan dua motosikal bertembung, satu kejadian yang sampai hari ini masih sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Mangsa pertama merupakan rakan sekelas kami sendiri arwah Amir. Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Mangsa kedua… sahabat paling rapat dengan aku arwah Ariff Zajuli. Dia tercampak lebih kurang tujuh meter dari lokasi rempuhan. Walaupun cedera, dia masih sedar. Kata Mohan, arwah sempat bersuara perlahan:
“Mohan… tolong aku… perut aku sakit…”

Masa Mohan cerita semula, aku hanya diam. Tapi dalam hati, Allahu… bergenang air mata aku. Sebab aku masih boleh bayangkan suara Ariff waktu itu. Boleh rasa bagaimana dia cuba bertahan. Mohan dan Tigilan hubungi ambulans dari KK Sungai Selekoh (atau KK Bagan Datuk ketika itu). Sewaktu tiba di Hospital Teluk Intan, pegawai bertugas meminta Mohan dan Tigilan masuk bersama. Tapi Mohan hanya jawab, dengan suara yang hampir tersekat:
“Mana mungkin… itu rakan kami.”

Menurut Mohan, mereka cuba nampak kuat di depan orang lain, tapi sebenarnya jiwa mereka ketika itu hancur. Aku dengar cerita tu dengan penuh teliti… sambil menahan perasaan. Dan dalam hati aku hanya terdetik, “Aku rindu kau, Ariff.”

Dulu semasa belajar, aku selalu sakat dia:
“Rep, kau ni baik sangat… nanti kalau aku kahwin, kau pengapit aku ya.”
Dan seperti biasa, dia akan ketawa. Ringkas, tapi ikhlas. Gelak itu masih aku dengar dalam ingatan.

Al-Fatihah untuk sahabat aku, arwah Ariff Zajuli. Terima kasih rep, atas segala memori kita masa belajar dulu. Kau mungkin sudah tamat ride kau… tapi dalam setiap perjalanan aku hari ini, ada bahagian dari kau yang masih ikut sama.

Sesungguhnya… ada ride yang kita teruskan, dan ada ride yang kita tak sempat teruskan.

Jumaat, 21 November 2025

Kawasaki KLE500 ABS Adventure Serba Boleh Untuk Setiap Jalan

Catatan santai untuk rider yang mencari motor adventure yang versatil dan bersedia ke mana sahaja.

Pengenalan

Kawasaki KLE500 ABS generasi baharu membawa nafas segar kepada dunia adventure kelas pertengahan. Direka dengan gaya rally moden, dilengkapi enjin 451 cc yang responsif dan rangka trellis ringan, model ini sesuai untuk penunggang yang mahukan satu motosikal yang mampu bergerak dari bandar ke jalan kampung atau laluan berbatu dengan penuh keyakinan.

Enjin & Prestasi

  • 451 cc, liquid-cooled, 4-stroke, parallel twin, DOHC 8-valve
  • Kuasa ±45 PS @ 9,000 rpm
  • Tork ±42.6 Nm @ 6,000 rpm
  • Suntikan bahan api elektronik untuk penjimatan dan respon trotel yang lancar
  • Gearbox 6 kelajuan dengan Assist & Slipper Clutch

Karakter enjin sangat sesuai untuk adventure; tork kuat pada rpm rendah hingga pertengahan, membolehkan pendakian dan potongan mudah. Pada kelajuan tinggi pula, ia kekal stabil dan tenang, menjadikannya sesuai untuk cruising jarak jauh.

Casis, Suspensi & Pengendalian

  • Rangka trellis high-tensile steel
  • Fork terbalik 43 mm (travel ±210 mm)
  • Suspensi belakang Uni-Trak (travel ±200 mm, boleh laras preload)
  • Tayar depan 21 inci dan belakang 17 inci jenis rim jejari
  • Ground clearance tinggi untuk laluan tidak rata

Reka bentuk suspensi long-travel dan casis yang ringan memberi kestabilan tinggi di jalan raya dan keyakinan ketika memasuki jalan kampung atau trail ringan. Ia senang dikawal, meskipun oleh penunggang yang baru beralih ke motosikal adventure.

Sistem Brek & ABS Boleh Pilih

  • Cakera depan 300 mm dengan angkup dua piston
  • Cakera belakang 230 mm dengan angkup dua piston
  • ABS standard dengan fungsi selectable (boleh dimatikan ketika off-road)

Sistem brek menawarkan kawalan yang baik di atas jalan raya, manakala fungsi selectable ABS membolehkan penunggang mematikan ABS untuk lebih kawalan di laluan cerun atau jalan berpasir.

Ergonomik & Keselesaan

  • Posisi tunggangan tegak dan natural
  • Seat height sesuai untuk adventure dan on-road
  • Tangki ramping memudahkan penunggang berdiri ketika off-road
  • Pelana menggunakan foam khas untuk keselesaan long-distance

Susun atur handlebar dan tempat duduk memastikan keselesaan optimum bagi perjalanan jauh. Ia juga sesuai untuk tunggangan berdiri semasa off-road.

Perlindungan Angin & Reka Bentuk Rally

  • Cowl tinggi dengan windshield boleh laras
  • Pelindung angin sisi untuk kurangkan tekanan angin
  • Pelindung bawah enjin (skid plate)

Bentuk depan motosikal ini bukan hanya menarik, tetapi juga berfungsi mengurangkan buffeting, membantu mengurangkan keletihan sepanjang perjalanan jauh.

Elektronik & Instrumen

  • Panel digital moden dengan paparan jelas
  • Sambungan telefon pintar melalui aplikasi Kawasaki Rideology
  • Sistem lampu LED (versi SE dengan lampu isyarat LED & paparan TFT)

Walaupun motosikal ini dalam kategori adventure bajet, ia dilengkapi teknologi moden yang memberi kemudahan dan maklumat tunggangan secara real-time.

Keupayaan Touring

  • Tangki ±16 liter untuk perjalanan jauh
  • Aksesori rasmi seperti pannier, top box, fog lamp dan engine guard
  • Pilihan seat tinggi atau rendah

KLE500 ABS sesuai sebagai motor touring, commuting harian atau motor ekspedisi ringan. Ia mudah diubah suai mengikut gaya penunggan.

Kenapa Kawasaki KLE500 ABS Pilihan Baik

  • Gabungan prestasi dan kawalan yang ideal untuk adventure pertengahan
  • Suspensi long-travel dan roda 21/17 inci sesuai pelbagai permukaan
  • ABS boleh pilih untuk fleksibiliti jalan dan off-road
  • Elektronik moden & keselesaan high-mileage
  • Pakej seimbang antara harga, teknologi dan fungsi

KLE500 ABS menawarkan pengalaman tunggangan adventure tulen tanpa perlu mengorbankan keselesaan harian. Ia direka untuk penunggang yang suka meneroka, sama ada atas jalan raya atau laluan kecil yang tidak diketahui.

Kesimpulan

Jika anda mencari motosikal adventure yang versatil, selesa, dan praktikal untuk kegunaan harian serta perjalanan jarak jauh, Kawasaki KLE500 ABS adalah pilihan yang sangat baik. Dengan enjin moden, casis pintar, ABS boleh pilih, dan ergonomik yang mesra rider, ia sesuai untuk mereka yang ingin mengembara tanpa batasan.

Motosikal ini direka untuk penunggang yang percaya bahawa setiap selekoh mempunyai cerita, dan setiap perjalanan layak diteruskan sedikit lagi sebelum berhenti.

Rencana ini dikarang untuk tujuan perkongsian dan boleh disunting mengikut gaya penulisan peribadi.

Rabu, 19 November 2025

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah. Semalam sempat juga aku ke Serdang Kawasaki untuk proses serahan geran dan thumbprint tukar milik. Jauh juga rasanya ride dari hkl berpandukan LC135 aku, full tank, santai sahaja meluncur dengan kelajuan malar 80–100 km/j di highway. Jalan agak perlahan… kadang aku terfikir, apa yang ada dalam kepala orang yang memandu kereta ni agaknya? 😂

Syukur, semua urusan selesai. Sempat juga pilih aksesori top box, hand guard, radiator cover, windscreen dan sport light. Tapi seperti biasa, kita pasang yang penting dahulu.

Masa sembang dengan sales girl tu:

“Macam mana bang motor hari tu?”
Aku jawab, “Motor kena blacklist sebab saman AES… memang tengah kuatkuasa. Jadi, untuk yang ada saman AES tu, pergilah bayar selagi tengah diskaun.”

Terima kasih dekat Taufiq sebab bayarkan saman tu banyak bantu mudahkan urusan. Aku tanya bila motor boleh keluar. Dia jawab, motor baru sampai pagi tadi. Aku rilek je cakap, “Tak urgent, ambil kemudian… siap kan planning dulu. Nak koyak plastik pun biar ada aura nanti.”

Sales tu senyum sambil cakap, “Ni pun ada orang dah datang, nak keluar hari ni juga.”

Aku hanya senyum kembali. Biasalah… setiap orang memang tak sabar nak keluarkan motor, macam pengantin baru malam pertama. 😄

Tapi untuk aku… ini motor ke-8 yang aku keluarkan sepanjang hidup aku. Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan rezeki yang Kau berikan.


Perkongsian ini bukan untuk menunjuk atau rasa besar.
Aku tulis untuk diri aku sendiri dan sahabat yang faham perjalanan aku. Aku biasa kerja keras untuk capai impian sendiri. Tidur dan kerja aku memang tak sama macam orang lain.

“Inline 4 ni siapa je yang tak suka kan?” ya, aku memang minat. Tapi Allah buka pintu hati aku untuk cuba sesuatu yang baru… dan beli.

Terima kasih kepada isteriku yang sentiasa menyokong. Bak kata influencer TikTok tu:
“Beli ikut kemampuan dan jangan nak bikin motor pun minta duit LUU PUNYA PEREMPUAN .”

Alhamdulillah Ya Allah, kerana beri aku kesempatan untuk rasa.

Untuk sahabat-sahabatku, terima kasih sebab sama-sama dengan aku Izu & Lan. Kita tahu perjalanan masing-masing macam mana.


👉 NEXT CHAPTER BEGIN

Start Your Engine…

Selasa, 18 November 2025

Haaa… Motor Kena Blacklist Sebab Saman AES! Ni Cerita Penuh Dia…

Hari Sabtu haritu, tengah elok nak urus motor,

“Cik ada saman ke? Motor ni blacklist.”

Gila wei… sepanjang aku ada lesen, saman aku boleh kira dengan jari. Yang pernah kena:

  1. Saman helmet Wazir yang kena.
    Aku depan pakai helmet, dia belakang tak pakai. Polis tahan, saman atas nama dia.
  2. Saman JPJ masa angkut motor eksiden dekat Seksyen 25.
    Motor aku eksiden, Wazir tolong angkut naik lori bapak dia tapi dia tak ada GDL. Last-last bapak aku yang bayarkan saman tu sebab nak cepat settle.
  3. Saman speed trap di Highway Sungai Besi, arah ke Bangi sekitar 2018.

Yang lain semua saman bini aku. Aku banker part-time. Hahaha.

Tapi yang ni lain macam…
Versys 650 aku sangkut blacklist sebab saman AES owner lama.

Sabtu tu aku terus ke JPJ UTC Pudu. Ramai gila. Beratur hampir 1 jam sebab time rehat. Sampai turn aku, pegawai JPJ cakap:

“Encik tak ada saman. Tapi motor ni tak boleh buat urusan apa pun sebab ada saman AES pemilik lama.”

Habis semua urusan sangkut.

JPJ bagi dua pilihan:

  1. Aku bayar saman tu, atau
  2. Pergi JPJ Wangsa Maju untuk pindahkan saman kepada owner asal.

Of course aku takkan bayar benda yang aku tak buat. Terus aku WhatsApp owner lama:

“Salam bro, mohon settle saman AES. Motor blacklist, saya tak boleh urus apa-apa.”

Nasib baik dia memang gentleman. Malam tu dia reply:

“Bang… salam. Saman settle. Alhamdulillah.”

Fuhhh… baru lega sikit. Penat Sabtu tu memang lain macam.

Sekarang tinggal tiga benda lagi nak setel:

  • Box
  • Geran
  • Thumbprint JPJ

Pesanan ikhlas dari aku:

Kepada sesiapa yang nak jual kenderaan tolonglah check saman masing-masing dulu. Jadi la pembeli & penjual yang bertanggungjawab Dan jujur. Jangan susahkan orang belakang.

Sepanjang aku jual beli kenderaan, aku memang akan check dulu sebelum serah:

  • 1. Kereta MPV aku
  • 2. Kereta bini aku
  • 3. Motor ER6F aku
  • 4. Kereta City Hatchback aku
  • 5. Dan sekarang, motor Versys aku ni

Mudah je kan? Tapi ramai tak buat… last-last buyer yang sengsara.

InshaAllah semua urusan aku selepas ni dipermudahkan.

Kalau korang baca sampai habis salute. Kalau skip pun takpe, janji aku dah lepaskan lelah weekend aku.

Ride safe geng. ✌️🏍️💚

Isnin, 17 November 2025

Kawasaki Versys 1100 - RideWithMFI TQ KAWASAKI SERDANG

Test Ride Kawasaki Versys 1100

Catatan rasa pertama bersama touring machine seribu lebih cc... RideWithMFI edition.

Versys 1100 - Ringkasan Spesifikasi

Enjin 1,099 cc inline four dengan anggaran sekitar 135 PS kuasa maksimum dan tork lebih kurang 112 Nm. Tangki 21 liter, roda 17 inci depan dan belakang, dan berat sekitar 254 hingga 259 kilogram bergantung varian. Sesuai untuk rider yang mahu touring bike yang matang, stabil dan penuh karakter.

Versys 650, Versys 1000 dan Versys 1100

Sebelum cerita rasa test ride, elok kita tengok dulu beza kasar antara tiga adik beradik Versys 650, Versys 1000 dan Versys 1100.

Perbandingan Enjin dan Kuasa

Model Enjin Kuasa (anggaran) Tork (anggaran)
Versys 650 649 cc, parallel twin lebih kurang 66 hp lebih kurang 61 Nm
Versys 1000 1,043 cc, inline four lebih kurang 118 hingga 120 hp lebih kurang 102 Nm
Versys 1100 1,099 cc, inline four lebih kurang 135 PS iaitu sekitar 133 hp lebih kurang 112 Nm

Dari angka ini jelas kenapa rasa naik Versys 1100 selepas biasa dengan Versys 650 boleh buat rider senyum sorang sorang. Dari sekitar 65 hp ke lebih 130 hp... memang rasa macam lompat kelas terus.

Varian Versys 1100

Versys 1100 datang dengan tiga varian utama iaitu Standard, S dan SE. Bentuk badan dari depan sampai belakang lebih kurang sama, aura keluarga Versys kekal jelas, cuma peralatan dan teknologi berbeza ikut varian.

Ringkasan Varian

M Anggaran Harga Ciri Utama
Std sekitar RM 65 ribu Varian paling basic. Enjin sama 1,099 cc, ada cruise control dan port jenis USB C. Tiada quick shifter, tiada grip heater dan tiada suspensi elektronik.
S sekitar RM 72 hingga 76 ribu Datang dengan meter TFT, quick shifter, grip heater dan warna hitam dan putih. Suspensi masih jenis biasa, belum elektronik.
SE sekitar RM 82 hingga 85 ribu Varian paling lengkap. Ada suspensi elektronik, quick shifter, grip heater, lampu selekoh dan grafik Versys yang lebih menonjol.

Dari segi rupa, varian Standard dan SE sama sama ada warna kelabu dengan kemasan hijau. Perincian tulisan Versys pada model SE lebih besar dan nampak garang.

Cerita Test Ride Versys 1100

Mula Tekan Starter

Bismillah... bila aku tekan sahaja butang starter, terus kedengaran bunyi vroommm dengan bass yang boleh buat dada bergetar. Bunyi dia ada karakter, ada jiwa dan sangat senang melekat dalam kepala. Memang jenis bunyi yang boleh buat orang susah tidur malam bila dah rasa sekali.

Enjin inline four terasa smooth, tapi dalam masa yang sama masih ada bunyi halus yang mengingatkan aku kepada trademark Kawasaki yang aku dah biasa dengan Versys 650. Cukup lembut untuk nampak matang, tapi masih ada sedikit rasa garang.

Rasa Gearbox dan Throttle

Bila aku masuk gear pertama, terasa betul betul lembut. Gearbox bagi respon yang kemas dan senang dijangka walaupun ini varian Standard. Tiada rasa keras atau kasar.

Tarik sedikit throttle, respon dia sangat sedap. Throttle terasa responsif dan tidak lambat. Bila aku buka minyak, motor terus mara ke depan tanpa ragu. Setiap kali kaki naik gear, rasa tukaran gear bersih dan lancar. Aku bukan jenis suka rev tinggi sangat. Dari dulu lagi bila enjin menjerit terlalu tinggi, aku memang kurang selesa. Tetapi dengan Versys 1100, tanpa perlu rev tinggi pun, tork yang datang sudah cukup untuk buat aku senyum dalam helmet.

Berat Atas Kertas dan Berat Atas Jalan

Atas kertas, berat sekitar dua ratus lima puluh empat kilogram memang nampak besar. Tetapi bila roda mula bergolek, rasa berat itu mula hilang sedikit demi sedikit. Pada kelajuan sekitar enam puluh kilometer sejam, aku sudah mula rasa selesa dengan Versys 1100.

Bila gear masuk dan motor bergerak, badan motor terasa seimbang. Berat yang pada mulanya nampak menakutkan bertukar menjadi rasa stabil. Tukar lorong kiri kanan pun rasa yakin. Handling terasa matang dan sebenarnya tidak terlalu jauh beza dari apa yang aku biasa dengan Versys 650.

Ujian Di Roundabout

Ada dua roundabout yang aku sempat guna untuk menguji cara motor ini masuk selekoh. Bila aku masuk roundabout dan beri sedikit counter steer, motor terus ikut arahan. Tidak melawan, tidak terasa berat dan tidak buat perangai pelik.

Dengan tayar belakang saiz seratus lapan puluh lima puluh lima dan profil sport touring, cengkaman terasa meyakinkan. Motor mudah untuk lean dan rasa masuk selekoh sangat natural. Untuk sebuah motor yang besar, Versys 1100 ini terasa sangat taat bila diberikan arahan.

Windscreen dan Butang Signal

Pada kelajuan sekitar tujuh puluh hingga sembilan puluh kilometer sejam, memang ada sedikit bunyi angin. Itu sesuatu yang logik kerana varian Standard datang dengan windscreen yang lebih kecil. Bagi aku, ia bukan kekurangan yang besar kerana banyak kelebihan lain menutup perkara kecil ini.

Satu perkara kecil yang aku perasan ialah butang signal agak kecil. Jika memakai sarung tangan yang tebal, mungkin ada sedikit kesukaran untuk rasa butang dengan jelas. Benda ini kecil, tetapi sebagai rider, aku tetap berharap ada sedikit penambahbaikan untuk model akan datang.

Sepuluh Minit Yang Melekat Dalam Ingatan

Secara keseluruhan, aku hanya sempat lebih kurang sepuluh minit test ride Versys 1100 varian Standard. Tetapi sepuluh minit itu sudah cukup untuk buat aku rasa aura motor ini masuk dalam jiwa.

Dalam sepuluh minit itu, aku sudah rasa tarikan, keseimbangan badan, bunyi bass, tork dan handling yang membuatkan aku ulang balik semua detik tadi dalam kepala. Maaf Versys 650... aku sayang kau... tetapi Versys 1100 ini berada pada tahap yang lain.

Bila ride tamat, badan memang turun dari motor. Tetapi fikiran masih berada di atas pelana Versys 1100. Balik rumah, susah hendak lelap. Setiap kali pejam mata, terbayang bunyi enjin, tarikan dan rasa bila motor ini senang sahaja ikut arahan masuk roundabout.

Malam itu, seperti yang aku jangka, memang susah hendak tidur...

Kesimpulan

Dari segi rasa dan pengalaman, untuk seseorang yang datang dari Versys 650, Versys 1100 memang terasa seperti dua kali ganda lebih matang dan bertenaga. Kuasa lebih besar, tork lebih padat, badan lebih stabil dan ciri touring lebih meyakinkan.

Varian Standard sudah cukup untuk buat seorang rider tersenyum. Cuma jika bajet mengizinkan dan seseorang itu suka bermain dengan teknologi seperti quick shifter, grip heater dan suspensi elektronik, varian S atau SE memang sangat menggoda.

RideWithMFI . Versys Stories

Ahad, 16 November 2025

FIRST MEETING 14/11/2025 PERANCANGAN RIDE NEXT YEAR

Wehhh… awal siot kalau ikut logik. Tapi kan… kita merancang, Allah yang menentukan. Baik rancang awal daripada nanti kelam-kabut.

Malam tu, lokasi dipilih:
Kedai Makan Haji Yusri Kebab Pakistan.
Tempat ni pun Izu yang cadangkan kebetulan aku memang berada area sini.

Izu paling awal pukul 9:00 malam dah terpacak kat situ.
Aku pula sampai sekitar 9:10–9:15 malam, steady tunggu Lan yang seperti biasa…

“OTW bro… 5 min…”

Ayat trademark Lan.
Padahal aku yakin meter Z900 dia pun belum naik RPM lagi masa tu. 😂

Tiba-tiba kedengaran dari jauh…

“VRROOOOMMMMMMM… DUUUMMMM… DOOOOMMMM…”
Bunyi bass Z900 dari jauh terus menggempur dada. Sound dia naik ikut lorong macam nak runtuh signboard kedai.

Lan pun sampai dengan muka selamba,

“Ala dekat je tadi…”

Lepas semua settle, kami mula meeting.
Borak pasal plan, route dan laluan border.

Cadangan route untuk ride tahun depan:

  • Day 1: Bukit Kayu Hitam → Koh Lanta (2 malam)
  • Day 3: Koh Lanta → Pak Bara (1 malam)
  • Day 4: Pak Bara → pulang ikut Wang Prachan – Wang Kelian Border

Sorang pun tak boleh sembunyikan muka excited.
Aku pun sama bila bincang ride besar, rasa semangat dia memang lain macam.

Dalam hati aku doa semoga perancangan ni jadi kenyataan, dipermudahkan dan diredai Allah.
Kalau jadi, ini bukan ride biasa ini memori yang kita akan ulang cerita sampai tua nanti.

InsyaAllah… kita buat betul-betul. 🏍️💚🔥

Alhamdulillah, Subhanallah… terima kasih Ya Allah. Hari ini satu lagi ruang kecil dalam hidupku diberi nafas utk blog ini. Semoga setiap perkongsian menjadi cerita yang bermanfaat, memori yang kekal, dan perjalanan yang mendekatkan aku kepada syukur. RideWithMFI terus melangkah.

Hari ini terasa lain… macam ada bab baru yang terbuka sendiri. Tak perlu pun aku cerita panjang, cukup sekadar kata — syukur. Kadang-kadang sesuatu yang kecil pun boleh buat semangat hidup naik balik. Hidup terus berjalan, dan aku ikut… perlahan, tapi pasti.

Khamis, 13 November 2025

9/11/2025 Test Ride Day di Kawasaki Serdang

Catatan dari mfi & angan-angan Versys 1100


9 November 2025, Kawasaki Serdang buat event test ride untuk beberapa model baru. Suasana memang meriah. Aku pula datang naik LC135, sebab si UntaVersys aku tersadai elok bawah garaj motor.

Sampai sekitar 9.20 pagi, aku dah nampak beratur macam-macam model untuk dipandu uji:

  • Versys 650
  • Ninja 1100 SX
  • Versys 1100
  • ZX-6
  • Ninja 650

Masuk je pintu, terus rasa eksited gila. Aku daftar untuk dua model: Ninja 1100 SX dan Versys 1100. Serah lesen, isi borang, dan sempat jugak aku tanya-tanya pasal “trade in unta kesayangan”… saja la, gatal mulut.

Sambil tunggu turn, aku dengan Izu pergi minum dan sarapan. Serdang Motor ni memang terbaik makanan siap sedia, layan tip-top. Belum habis minum pun, nama kami dah dipanggil. Izu dapat test Versys 1100, aku pula test Ninja 1100 SX.

Test Ride: Ninja 1100 SX

Jantung memang berdebar weh. Motor 1100cc, inline-four dan free test ride pulak tu benda bukan senang dapat.

Lepas taklimat ringkas marshal:
“Ikut marshal, patuhi undang-undang.”

Aku baca bismillah, tekan starter…

VRROOOMMM.
Syahdu bunyi inline-four tu. Ni la bunyi yang masa kecik-kecik dulu buat aku toleh setiap kali ada bike besar lalu ZZR1100, ZZR600… legend.

Masuk gear satu… lembut, licin, luncur smooth. Tork dia… perghh, lain dunia. Handling dia… buat aku rasa kecil. Quickshifter dia… syahdu betul, naik turun gear macam tiada halangan.

Marshal kemudian berhenti rehat sampai pukul 12 tengah hari. Turn aku untuk Versys 1100 agak lambat, jadi kami naik tingkat atas tengok merchandise helmet, jaket, kasut, semua tengah promo. Serdang Motor memang tak pernah gagal bab ni.

Izu pilih kasut untuk ride Koh Lanta tahun depan, aku pula cari balaclava baru yang hilang masa kalut cari Izu dan Lan dekat Krabi haritu.

Lepas bayar, turun bawah, minum lagi air free sambil belek-belek motor Kawasaki yang berkilat. Rambang mata weh. Aku gurau dengan Izu, “Pasak je zu… angkat je la.”

Memang betul la orang kata:
Perempuan tengok tudung… lelaki tengok motor.

Tak lama lepas tu, Izu minta diri sebab ada urusan. Tinggallah aku seorang menunggu turn dengan penuh tak sabar.

Test Ride: Versys 1100 (Solo Ride)

“Nash, sorry bro… abg tanya banyak kali dah ni, nama abg dah sampai ke belum?”
Nash balas sambil senyum, “Bang… lagi dua giliran.”

Tepat 1.00 tengah hari, nama aku akhirnya dipanggil oleh Nash reviewer Kawasaki Serdang.

Akhirnya sampai juga turn aku test Versys 1100.

First look tinggi lebih kurang macam Versys 650 aku, berat pun tak jauh beza. Tank 21 liter. Tapi versi yang aku dapat ni varian standard:

  • Tiada quickshifter
  • Tiada grip warmer
  • Tiada electronic suspension

Dalam hati aku cakap, “Takpe la… manual pun ok. Janji enjin 1100.”
Berangan tetap berangan, tapi tak dosa pun kan?

Aku baca bismillah, tekan starter…

VROOOOMMMM.
Sedap gila bunyi dia.

Route sama macam Ninja tadi, tapi feel dia berbeza. Versys 1100 ni memang very nimble, lembut, jinak pada tangan dan aku cepat je sesuaikan diri

maybe sebab aku dah biasa dengan DNA Versys.

Sesekali aku tarik… VROOOMMM.
Perghh… macam naga angry keluar dari peti besi.

Aku termenung sekejap. Hati kata satu benda. Otak kata satu benda. Bahaya weh kalau dua-dua tak sekepala.

Lepas habis test ride, aku duduk sekejap, tarik nafas, dan sebelum balik… sempat jugak tanya value trade in motor aku. Saja je. Saja je.

Tapi dalam kepala aku dah ligat fikir, “Kalau tahun depan harga turun lagi… macam mana ni fie…”

Akhirnya aku start LC135, ride balik rumah sambil senyum sorang-sorang. Badan balik, tapi jiwa tertinggal kat atas seat Versys 1100.

Nantikan sambungan… sebab kepala aku masih tak move on dari test ride hari tu. Terima kasihhhhhhhhh KAWASAKI SERDANG

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...