Rabu, 26 November 2025

Sejarah Motor Kategori Besar RideWithMFI Journey


1️⃣ Kawasaki ZZR250 (2009) – Permulaan Dunia Big Bike

Motor pertama kategori besar yang aku pernah pakai ialah Kawasaki ZZR250 tahun 2009. Aku beli motor ini daripada seorang anggota tentera, dengan kombinasi warna hijau hitam yang aku rasa cukup kena dengan karakter aku masa itu low profile, tetapi tetap ada aura rider.

Ketika itu aku gunakan ZZR250 untuk ulang alik harian dari Hulu Langat ke Hospital Kuala Lumpur. Trafik belum sesesak seperti sekarang dan alat ganti masih mudah didapati. Walaupun hanya berkapasiti 250cc, jiwa aku masa itu rasa seperti menunggang 600cc.

Spesifikasi Ringkas Kawasaki ZZR250 (2009)

Enjin248cc, 4-stroke, DOHC, 2-silinder selari
Kuasa±40 hp @ 12,500 rpm
Tork±22 Nm @ 10,500 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±148 kg (dry)
Fuel tank±18 liter

Ride Pertama Tanjung Piai, Johor

Antara ride yang paling aku ingat ialah ke Tanjung Piai, Johor titik paling selatan benua Asia. Itu merupakan ride pertama aku bersama komuniti ZZRians. Dari situlah aku rasa, inilah dunia aku sebagai seorang rider touring.

Masalah Teknikal & Pengajaran

Dalam tempoh lebih kurang enam bulan pemilikan, ZZR250 ini banyak mengajar aku melalui pelbagai masalah teknikal, antaranya:

  • ⚡ Fuse kerap blow, terutama ketika hujan.
  • ⏱️ Meter menjadi tidak stabil, bacaan RPM naik turun tanpa sebab.
  • ๐Ÿšซ Enjin semput apabila high RPM.
  • ๐Ÿ”ง Getah paip bahan api tersepit di bawah tangki.
  • ๐Ÿ”ฅ Wiring terbakar akibat panas.
  • ๐ŸŒก️ Enjin overheating ketika trafik sesak.
  • ๐Ÿ”‹ Beberapa kali sukar untuk start.

Walaupun banyak kerenah, ZZR250 inilah yang membuka mata aku tentang pentingnya penyelenggaraan, disiplin menunggang dan keperluan “kenal motor sebelum motor kenal jalan”.

“ZZR250 mungkin bukan motor paling sempurna, tetapi dialah yang memulakan perjalanan aku sebagai rider touring sebenar.”


2️⃣ Kawasaki ER6F (2010–2023) Kisah Gila, Kisah Kuat

Selepas beberapa bulan bertahan dengan isu teknikal ZZR250, akhirnya aku serender. Kepala dah mula serabut memikirkan masalah motor. Masa itu aku tekad kalau aku mahu terus ride jauh, aku perlukan motor yang lebih boleh diharap.

Maka bermulalah episod Kawasaki ER-6F model 2010. Dengan berbekalkan deposit sekitar RM26,000, aku buat keputusan untuk ambil ER6F ini dan kerana terlalu teruja, aku sampai koyak plastik motor sendiri. Itu antara kerja gila yang kalau difikir balik memang rasa “bodo”, tetapi waktu itu kepuasan mengatasi logik.

Sehari, Tiga Kawasan Misi Siapkan Motor

Dalam satu hari sahaja, aku ulang-alik:

  • ๐Ÿฅ Dari HKL ke Kapar (kedai motor) untuk urusan motor.
  • ๐Ÿ️ Dari Kapar ke JPJ Wangsa Maju menaiki Lagenda 110 merah milik adik aku untuk urusan pendaftaran.
  • ๐Ÿ“„ Beratur di JPJ, beli insurans dan daftar nombor.
  • ๐Ÿ”ข Pilih dan daftar nombor plat WTY7549.
  • ๐Ÿ” Balik semula ke Kapar untuk sesi serahan dokumen dan nombor pendaftaran.
  • ⛽ Kemudian luncur pulang ke Hulu Langat, isi minyak di Petron dan terus “running in” motor baharu.

Ini zaman belum ada urusan nombor pendaftaran secara hujung jari seperti sekarang. Semua perlu beratur, isi borang dan tunggu giliran. Apabila nombor WTY7**9 disahkan, rasa puas itu susah untuk digambarkan.

Masalah Teknikal ER6F & Ketahanannya

Sepanjang pemilikan, ER6F juga tidak lari daripada masalah, tetapi ketahanannya memang mengagumkan:

  • ๐Ÿ”ฅ Coil terbakar sebanyak dua kali.
  • ๐Ÿ’ง Radiator bocor dan perlu diganti.
  • Rectifier rosak.
  • ๐Ÿ“ VDS (Vehicle Down Sensor) rosak sensor keselamatan yang sepatutnya matikan enjin bila motor jatuh, tetapi bila rosak, enjin boleh cut off walaupun motor tidak rebah.
  • ๐Ÿ›‘ Clutch habis dan perlu diganti penuh.
  • ⚙️ Mangkuk clutch makan, menghasilkan bunyi kasar pada RPM tinggi.

Walaupun begitu, motor ini tetap setia. Aku bawa ER6F:

  • ๐Ÿšฉ Sehingga mencapai lebih kurang 150,000 km.
  • ๐ŸŒง️ Meredah banjir.
  • ๐ŸŒ Dan sampai ke Hat Yai, Thailand.

“Putih WTY7**9 kau bukan sekadar motor, kau bukti aku pernah fight untuk impian.”

Pada masa yang sama, aku sedar satu hakikat tentang diri sendiri:

“Orang lain terpukau dengan kecantikan wanita, tapi aku… aku terpukau dengan keseksian motor.”

Spesifikasi Ringkas Kawasaki ER6F (2010)

Enjin649cc, Parallel Twin, DOHC, fuel injected
Kuasa±72 hp @ 8,500 rpm
Tork±64 Nm @ 7,000 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±204 kg
Fuel tank±16 liter


3️⃣ Kawasaki Versys 650 (2016) Fasa Matang, Fasa Touring Sebenar

Selepas lama bersama ER6F, aku melangkah ke fasa yang lebih matang dalam dunia touring dengan membeli Kawasaki Versys 650 model 2016. Motor ini aku beli secara second hand daripada seorang biker di Meru, Ipoh.

Dari segi nilai, harga yang ditawarkan memang boleh dikatakan berbaloi kerana motor ini datang dengan banyak “jajan” atau aksesori touring yang sudah siap dipasang. Cuma dari sudut kondisi, terdapat beberapa isu:

  • ๐Ÿ”ง Fork leaking.
  • ⏱️ Meter rosak dan tidak berfungsi seperti sepatutnya.
  • Tiada ruang langsung untuk tawar-menawar harga dengan pemilik asal.

Aku menggunakan Versys 650 ini dari sekitar Januari 2025 hingga November 2025. Walaupun tempoh pemilikan tidak sampai setahun, pengalaman yang aku kumpul bersama motor ini sangat padat.

Pengalaman Ride & Pengajaran

Antara pengalaman yang paling diingati ialah ketika ride ke Krabi. Dalam perjalanan, berlaku situasi di mana gearing tiba-tiba terasa seperti tersekat, namun syukur ia tidak terus jammed. Keadaan ini cukup untuk buat jantung laju, tetapi dalam masa yang sama menunjukkan betapa lasaknya motor ini.

Dalam keasyikan menikmati ride, aku juga akui ada kelemahan dari sudut penyelenggaraan. Antara pengajaran besar ialah:

  • ๐Ÿ” Ada masa aku terlalu yakin dengan ketahanan motor sehingga terlupa tukar minyak enjin mengikut jadual.
  • ๐Ÿ’ธ Aku sedar sebenarnya aku banyak “berabis” pada motor obses sampai kadang-kadang tak fikir benda lain.

Ada satu pengakuan jujur daripada aku sendiri:

“Aku ni obes dengan motor sampai kadang-kadang tak boleh fikir apa dan jadi bodo. Orang lain terpukau dengan kecantikan wanita, tapi aku terpukau dengan keseksian motor.”

Kesilapan Masa Jual Versys 650

Bila sampai masa aku lepaskan Versys 650 ini, aku akui ada beberapa kesilapan yang aku buat:

  • ⁉️ Aku tidak kumpul semula semua aksesori sebelum jual.
  • ⏱️ Aku jual terlalu cepat tanpa dokumentasi penuh tentang perjalanan dan kondisi motor.
  • ๐Ÿงพ Hakikatnya, motor tidak mengalami kerosakan besar pun cuma keputusan jual dibuat dalam keadaan terlalu emosional.

“Versys 650 sebenarnya tak salah. Yang salah, aku terlalu ikut rasa masa buat keputusan.”

Motor ini mengajar aku beza antara obses dan cinta, antara keputusan yang dibuat atas dorongan nafsu dan keputusan yang lahir daripada pengalaman.

Spesifikasi Ringkas Kawasaki Versys 650 (2016)

Enjin649cc, Parallel Twin, DOHC, fuel injected
Kuasa±69 hp @ 8,500 rpm
Tork±64 Nm @ 7,000 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±216 kg
Fuel tank±21 liter
Riding posturePosisi menunggang tegak, sesuai untuk touring jarak jauh

“Versys 650 motor yang buat aku matang dalam dunia touring. Dia ajar aku beza antara obses dan cinta. Antara ikut nafsu dan ikut pengalaman.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...