Khamis, 27 November 2025

Versys 1100 Night TTS Mini Kota Warisan
Running In Bukan Sekadar Mesin, Tapi Jiwa

Ada ride yang kita plan. Ada ride yang jadi spontan. Malam tadi aku cuma niat nak chek lampu Versys 1100. Tapi bila enjin hidup dan throttle dibuka sikit, cerita dia jadi lain.

Tepat pukul 9:55 malam, lepas sambut birthday Ika, mata memang dah rasa berat. Badan penat, tapi hati lebih berat ke arah motor yang tengah parking bawah blok. Meter Versys 1100 baru tunjuk sekitar 104 km – masih awal proses run-in.

Dalam hati aku doa pendek: “Bismillah… harap tak ada siapa perasan aku keluar malam-malam ni. Bukan nak berlagak, cuma nak kenal jiwa dengan mesin.”

Clutch gear 1 masuk. Deruman enjin 1100cc tu terasa betul-betul di dada. Bass dia halus tapi padat. Phone holder aku pasang, destination aku set ke Azhar Maju, Kota Warisan. Bracket untuk CarPlay belum sampai, jadi malam ni aku ride mode simple Waze di telefon, telinga dengar bunyi angin dan enjin saja.

Antara misi kecil malam ni adalah nak chek lampu depan Versys 1100. Lampu putih memang nampak terang bila tengok depan, tapi POV dari seat kadang rasa macam tak cukup jelas, lebih-lebih lagi bila fikir pasal ride malam dan jalan kampung yang kurang lampu.


Di Atas Highway Mode Running-In

Pesan mekanik haritu masih terngiang: “Abang boleh tarik sikit, tapi jangan clock throttle. RPM bawah 4k. Kita buat high braking dan low braking. Hard braking jangan buat dulu, motor ni nak pakai lama.”

Aku angguk. Dalam kepala, aku set SOP sendiri jangan gelojoh, jangan over. Kadang-kadang bila dengar bass enjin sedap, tangan terasa nak pusing throttle lebih sikit. Bila nampak RPM dah cecah lebih 4k, cepat-cepat aku lepaskan balik. Disiplin runin.

Kelajuan malar aku sekitar 110–120 km/j. Jalan agak gelap, permukaan tak mesra, dan kenderaan menuju KLIA semua macam mengejar masa. Aku pula bukan kejar masa aku tengah kejar feel dan cuba faham karakter Versys 1100 ni.


BMW GS Potong Rapat

Tengah fokus, sebuah BMW GS datang dari belakang dan potong rapat di sebelah. Angin potongan beri getaran kecil pada handle, buat aku terkejut sekejap, terus stabilkan motor.

Mungkin aku terlalu berhati-hati. Tapi aku bukan lambat, aku tengah running in. Tak lama selepas itu, dia angkat high beam tanda hormat sesama rider. Aku balas isyarat tangan.

Dalam helmet aku terfikir: “Dia ada perjalanan dia, aku ada perjalanan aku. Dia kejar masa, aku kejar tenang dan kenal jiwa dengan Versys 1100.”


TTS Mini di Azhar Maju

Sampai di Azhar Maju, Kota Warisan selepas lebih kurang 38 km. TTS mini bertukar jadi perbincangan untuk ride akan datang. Minum biasa, sembang luar biasa.

Kami bincang route: transit tidur sebentar di Kedah, masuk ikut Bukit Kayu Hitam, kemudian ambil laluan Highway 41 menuju Patalung untuk makan tengah hari atas bukit. Selepas itu naik ferry menuju Ko Lanta untuk bermalam dua malam. Seterusnya ke Trang dan mungkin bermalam di kawasan Pak Bara.

Aku bergurau “Elak ride gelap lagi. Malam haritu cukup sebagai pengajaran.”boleh baca hwy 44 malam serammmmmm


Hal Intercom & Usik Izu

Lan mencadangkan supaya intercom dibuat factory reset dan pairing semula sebelum ride. Untuk kami yang masih baru menggunakan model ini, prosesnya agak rumit jika buat sendiri. Lebih baik dibawa ke kedai untuk setup lengkap.

Aku mengusik Izu “Zu, tahun depan model baru keluar. Upgrade zu. Bukan setakat rupa motor, tapi sistem penting untuk ride jauh.”

Dia senyum dan jawab “Aku belum ready. Biar aku stabil dengan setup sekarang dulu. Jangan risau, aku tetap ride dengan korang.” Aku tepuk bahu dia dan kata: “Engine boleh tunggu. Kawan tak pernah tinggal.”


Penutup Malam

Jam hampir 12:40 pagi. Enjin hidup semula. Aku tarik gear 1 dan bisik dalam hati “Next ride nanti, kita bukan cari laju. Kita cari rasa.”

Kami keluar dari parkir dengan satu high beam kecil sebagai isyarat sesama rider. Jalan masih gelap, tapi hati sudah tak sesunyi masa datang tadi.


Versys 1100 & Jiwa Rider

Malam tu bukan sekadar TTS mini. Ia sebenarnya checkpoint kecil dalam perjalanan aku sebagai rider. Versys 1100 masih dalam fasa runin, tetapi jiwa aku sendiri mula hidup semula.

“Versys 1100 masih running-in… tapi jiwa aku dah redline. Dia potong sebab kejar masa, aku ride sebab kejar rasa.”

Dari 104 km ke 142 km, bukan jarak yang memberi kesan. Tapi setiap detik BMW GS potong rapat, lampu jalan kelam, gelap highway, gelak dalam mamak, dan plan Wang Kelian, Ko Lanta, Trang dan Pak Bara menjadi permulaan kepada perjalanan lebih besar.

Ini hanya episod pertama. Sambungan insya-Allah akan ditulis dalam ride akan datang.

— RideWithMFI

Rabu, 26 November 2025

Sejarah Motor Kategori Besar RideWithMFI Journey


1️⃣ Kawasaki ZZR250 (2009) – Permulaan Dunia Big Bike

Motor pertama kategori besar yang aku pernah pakai ialah Kawasaki ZZR250 tahun 2009. Aku beli motor ini daripada seorang anggota tentera, dengan kombinasi warna hijau hitam yang aku rasa cukup kena dengan karakter aku masa itu low profile, tetapi tetap ada aura rider.

Ketika itu aku gunakan ZZR250 untuk ulang alik harian dari Hulu Langat ke Hospital Kuala Lumpur. Trafik belum sesesak seperti sekarang dan alat ganti masih mudah didapati. Walaupun hanya berkapasiti 250cc, jiwa aku masa itu rasa seperti menunggang 600cc.

Spesifikasi Ringkas Kawasaki ZZR250 (2009)

Enjin248cc, 4-stroke, DOHC, 2-silinder selari
Kuasa±40 hp @ 12,500 rpm
Tork±22 Nm @ 10,500 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±148 kg (dry)
Fuel tank±18 liter

Ride Pertama Tanjung Piai, Johor

Antara ride yang paling aku ingat ialah ke Tanjung Piai, Johor titik paling selatan benua Asia. Itu merupakan ride pertama aku bersama komuniti ZZRians. Dari situlah aku rasa, inilah dunia aku sebagai seorang rider touring.

Masalah Teknikal & Pengajaran

Dalam tempoh lebih kurang enam bulan pemilikan, ZZR250 ini banyak mengajar aku melalui pelbagai masalah teknikal, antaranya:

  • ⚡ Fuse kerap blow, terutama ketika hujan.
  • ⏱️ Meter menjadi tidak stabil, bacaan RPM naik turun tanpa sebab.
  • ๐Ÿšซ Enjin semput apabila high RPM.
  • ๐Ÿ”ง Getah paip bahan api tersepit di bawah tangki.
  • ๐Ÿ”ฅ Wiring terbakar akibat panas.
  • ๐ŸŒก️ Enjin overheating ketika trafik sesak.
  • ๐Ÿ”‹ Beberapa kali sukar untuk start.

Walaupun banyak kerenah, ZZR250 inilah yang membuka mata aku tentang pentingnya penyelenggaraan, disiplin menunggang dan keperluan “kenal motor sebelum motor kenal jalan”.

“ZZR250 mungkin bukan motor paling sempurna, tetapi dialah yang memulakan perjalanan aku sebagai rider touring sebenar.”


2️⃣ Kawasaki ER6F (2010–2023) Kisah Gila, Kisah Kuat

Selepas beberapa bulan bertahan dengan isu teknikal ZZR250, akhirnya aku serender. Kepala dah mula serabut memikirkan masalah motor. Masa itu aku tekad kalau aku mahu terus ride jauh, aku perlukan motor yang lebih boleh diharap.

Maka bermulalah episod Kawasaki ER-6F model 2010. Dengan berbekalkan deposit sekitar RM26,000, aku buat keputusan untuk ambil ER6F ini dan kerana terlalu teruja, aku sampai koyak plastik motor sendiri. Itu antara kerja gila yang kalau difikir balik memang rasa “bodo”, tetapi waktu itu kepuasan mengatasi logik.

Sehari, Tiga Kawasan Misi Siapkan Motor

Dalam satu hari sahaja, aku ulang-alik:

  • ๐Ÿฅ Dari HKL ke Kapar (kedai motor) untuk urusan motor.
  • ๐Ÿ️ Dari Kapar ke JPJ Wangsa Maju menaiki Lagenda 110 merah milik adik aku untuk urusan pendaftaran.
  • ๐Ÿ“„ Beratur di JPJ, beli insurans dan daftar nombor.
  • ๐Ÿ”ข Pilih dan daftar nombor plat WTY7549.
  • ๐Ÿ” Balik semula ke Kapar untuk sesi serahan dokumen dan nombor pendaftaran.
  • ⛽ Kemudian luncur pulang ke Hulu Langat, isi minyak di Petron dan terus “running in” motor baharu.

Ini zaman belum ada urusan nombor pendaftaran secara hujung jari seperti sekarang. Semua perlu beratur, isi borang dan tunggu giliran. Apabila nombor WTY7**9 disahkan, rasa puas itu susah untuk digambarkan.

Masalah Teknikal ER6F & Ketahanannya

Sepanjang pemilikan, ER6F juga tidak lari daripada masalah, tetapi ketahanannya memang mengagumkan:

  • ๐Ÿ”ฅ Coil terbakar sebanyak dua kali.
  • ๐Ÿ’ง Radiator bocor dan perlu diganti.
  • Rectifier rosak.
  • ๐Ÿ“ VDS (Vehicle Down Sensor) rosak sensor keselamatan yang sepatutnya matikan enjin bila motor jatuh, tetapi bila rosak, enjin boleh cut off walaupun motor tidak rebah.
  • ๐Ÿ›‘ Clutch habis dan perlu diganti penuh.
  • ⚙️ Mangkuk clutch makan, menghasilkan bunyi kasar pada RPM tinggi.

Walaupun begitu, motor ini tetap setia. Aku bawa ER6F:

  • ๐Ÿšฉ Sehingga mencapai lebih kurang 150,000 km.
  • ๐ŸŒง️ Meredah banjir.
  • ๐ŸŒ Dan sampai ke Hat Yai, Thailand.

“Putih WTY7**9 kau bukan sekadar motor, kau bukti aku pernah fight untuk impian.”

Pada masa yang sama, aku sedar satu hakikat tentang diri sendiri:

“Orang lain terpukau dengan kecantikan wanita, tapi aku… aku terpukau dengan keseksian motor.”

Spesifikasi Ringkas Kawasaki ER6F (2010)

Enjin649cc, Parallel Twin, DOHC, fuel injected
Kuasa±72 hp @ 8,500 rpm
Tork±64 Nm @ 7,000 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±204 kg
Fuel tank±16 liter


3️⃣ Kawasaki Versys 650 (2016) Fasa Matang, Fasa Touring Sebenar

Selepas lama bersama ER6F, aku melangkah ke fasa yang lebih matang dalam dunia touring dengan membeli Kawasaki Versys 650 model 2016. Motor ini aku beli secara second hand daripada seorang biker di Meru, Ipoh.

Dari segi nilai, harga yang ditawarkan memang boleh dikatakan berbaloi kerana motor ini datang dengan banyak “jajan” atau aksesori touring yang sudah siap dipasang. Cuma dari sudut kondisi, terdapat beberapa isu:

  • ๐Ÿ”ง Fork leaking.
  • ⏱️ Meter rosak dan tidak berfungsi seperti sepatutnya.
  • Tiada ruang langsung untuk tawar-menawar harga dengan pemilik asal.

Aku menggunakan Versys 650 ini dari sekitar Januari 2025 hingga November 2025. Walaupun tempoh pemilikan tidak sampai setahun, pengalaman yang aku kumpul bersama motor ini sangat padat.

Pengalaman Ride & Pengajaran

Antara pengalaman yang paling diingati ialah ketika ride ke Krabi. Dalam perjalanan, berlaku situasi di mana gearing tiba-tiba terasa seperti tersekat, namun syukur ia tidak terus jammed. Keadaan ini cukup untuk buat jantung laju, tetapi dalam masa yang sama menunjukkan betapa lasaknya motor ini.

Dalam keasyikan menikmati ride, aku juga akui ada kelemahan dari sudut penyelenggaraan. Antara pengajaran besar ialah:

  • ๐Ÿ” Ada masa aku terlalu yakin dengan ketahanan motor sehingga terlupa tukar minyak enjin mengikut jadual.
  • ๐Ÿ’ธ Aku sedar sebenarnya aku banyak “berabis” pada motor obses sampai kadang-kadang tak fikir benda lain.

Ada satu pengakuan jujur daripada aku sendiri:

“Aku ni obes dengan motor sampai kadang-kadang tak boleh fikir apa dan jadi bodo. Orang lain terpukau dengan kecantikan wanita, tapi aku terpukau dengan keseksian motor.”

Kesilapan Masa Jual Versys 650

Bila sampai masa aku lepaskan Versys 650 ini, aku akui ada beberapa kesilapan yang aku buat:

  • ⁉️ Aku tidak kumpul semula semua aksesori sebelum jual.
  • ⏱️ Aku jual terlalu cepat tanpa dokumentasi penuh tentang perjalanan dan kondisi motor.
  • ๐Ÿงพ Hakikatnya, motor tidak mengalami kerosakan besar pun cuma keputusan jual dibuat dalam keadaan terlalu emosional.

“Versys 650 sebenarnya tak salah. Yang salah, aku terlalu ikut rasa masa buat keputusan.”

Motor ini mengajar aku beza antara obses dan cinta, antara keputusan yang dibuat atas dorongan nafsu dan keputusan yang lahir daripada pengalaman.

Spesifikasi Ringkas Kawasaki Versys 650 (2016)

Enjin649cc, Parallel Twin, DOHC, fuel injected
Kuasa±69 hp @ 8,500 rpm
Tork±64 Nm @ 7,000 rpm
Kotak gear6 kelajuan
Sistem penyejukanLiquid-cooled
Berat (anggaran)±216 kg
Fuel tank±21 liter
Riding posturePosisi menunggang tegak, sesuai untuk touring jarak jauh

“Versys 650 motor yang buat aku matang dalam dunia touring. Dia ajar aku beza antara obses dan cinta. Antara ikut nafsu dan ikut pengalaman.”

Isnin, 24 November 2025

Ada ride yang kita teruskan, dan ada ride yang kita tak sempat teruskan

Hari Jumaat lepas, aku sempat berbual dengan rakan satu batch waktu belajar dulu Mohan. Kami duduk berbincang tentang kes-kes respon ambulans dan pengalaman praktikal dahulu, zaman mula-mula kami belajar memahami erti “dalam kecemasan, setiap saat itu bermakna”.

Masa tu Mohan mula buka cerita tentang insiden praktikal mereka di Klinik Kesihatan Bagan Datuk sekitar tahun 2004–2005. Kawasan tu masih gelap, jalan sempit dan suasana sunyi. Dalam perjalanan balik dari kedai minum, Mohan dan Tigilan terserempak dengan satu kemalangan dua motosikal bertembung, satu kejadian yang sampai hari ini masih sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Mangsa pertama merupakan rakan sekelas kami sendiri arwah Amir. Dia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Mangsa kedua… sahabat paling rapat dengan aku arwah Ariff Zajuli. Dia tercampak lebih kurang tujuh meter dari lokasi rempuhan. Walaupun cedera, dia masih sedar. Kata Mohan, arwah sempat bersuara perlahan:
“Mohan… tolong aku… perut aku sakit…”

Masa Mohan cerita semula, aku hanya diam. Tapi dalam hati, Allahu… bergenang air mata aku. Sebab aku masih boleh bayangkan suara Ariff waktu itu. Boleh rasa bagaimana dia cuba bertahan. Mohan dan Tigilan hubungi ambulans dari KK Sungai Selekoh (atau KK Bagan Datuk ketika itu). Sewaktu tiba di Hospital Teluk Intan, pegawai bertugas meminta Mohan dan Tigilan masuk bersama. Tapi Mohan hanya jawab, dengan suara yang hampir tersekat:
“Mana mungkin… itu rakan kami.”

Menurut Mohan, mereka cuba nampak kuat di depan orang lain, tapi sebenarnya jiwa mereka ketika itu hancur. Aku dengar cerita tu dengan penuh teliti… sambil menahan perasaan. Dan dalam hati aku hanya terdetik, “Aku rindu kau, Ariff.”

Dulu semasa belajar, aku selalu sakat dia:
“Rep, kau ni baik sangat… nanti kalau aku kahwin, kau pengapit aku ya.”
Dan seperti biasa, dia akan ketawa. Ringkas, tapi ikhlas. Gelak itu masih aku dengar dalam ingatan.

Al-Fatihah untuk sahabat aku, arwah Ariff Zajuli. Terima kasih rep, atas segala memori kita masa belajar dulu. Kau mungkin sudah tamat ride kau… tapi dalam setiap perjalanan aku hari ini, ada bahagian dari kau yang masih ikut sama.

Sesungguhnya… ada ride yang kita teruskan, dan ada ride yang kita tak sempat teruskan.

Jumaat, 21 November 2025

Kawasaki KLE500 ABS Adventure Serba Boleh Untuk Setiap Jalan

Catatan santai untuk rider yang mencari motor adventure yang versatil dan bersedia ke mana sahaja.

Pengenalan

Kawasaki KLE500 ABS generasi baharu membawa nafas segar kepada dunia adventure kelas pertengahan. Direka dengan gaya rally moden, dilengkapi enjin 451 cc yang responsif dan rangka trellis ringan, model ini sesuai untuk penunggang yang mahukan satu motosikal yang mampu bergerak dari bandar ke jalan kampung atau laluan berbatu dengan penuh keyakinan.

Enjin & Prestasi

  • 451 cc, liquid-cooled, 4-stroke, parallel twin, DOHC 8-valve
  • Kuasa ±45 PS @ 9,000 rpm
  • Tork ±42.6 Nm @ 6,000 rpm
  • Suntikan bahan api elektronik untuk penjimatan dan respon trotel yang lancar
  • Gearbox 6 kelajuan dengan Assist & Slipper Clutch

Karakter enjin sangat sesuai untuk adventure; tork kuat pada rpm rendah hingga pertengahan, membolehkan pendakian dan potongan mudah. Pada kelajuan tinggi pula, ia kekal stabil dan tenang, menjadikannya sesuai untuk cruising jarak jauh.

Casis, Suspensi & Pengendalian

  • Rangka trellis high-tensile steel
  • Fork terbalik 43 mm (travel ±210 mm)
  • Suspensi belakang Uni-Trak (travel ±200 mm, boleh laras preload)
  • Tayar depan 21 inci dan belakang 17 inci jenis rim jejari
  • Ground clearance tinggi untuk laluan tidak rata

Reka bentuk suspensi long-travel dan casis yang ringan memberi kestabilan tinggi di jalan raya dan keyakinan ketika memasuki jalan kampung atau trail ringan. Ia senang dikawal, meskipun oleh penunggang yang baru beralih ke motosikal adventure.

Sistem Brek & ABS Boleh Pilih

  • Cakera depan 300 mm dengan angkup dua piston
  • Cakera belakang 230 mm dengan angkup dua piston
  • ABS standard dengan fungsi selectable (boleh dimatikan ketika off-road)

Sistem brek menawarkan kawalan yang baik di atas jalan raya, manakala fungsi selectable ABS membolehkan penunggang mematikan ABS untuk lebih kawalan di laluan cerun atau jalan berpasir.

Ergonomik & Keselesaan

  • Posisi tunggangan tegak dan natural
  • Seat height sesuai untuk adventure dan on-road
  • Tangki ramping memudahkan penunggang berdiri ketika off-road
  • Pelana menggunakan foam khas untuk keselesaan long-distance

Susun atur handlebar dan tempat duduk memastikan keselesaan optimum bagi perjalanan jauh. Ia juga sesuai untuk tunggangan berdiri semasa off-road.

Perlindungan Angin & Reka Bentuk Rally

  • Cowl tinggi dengan windshield boleh laras
  • Pelindung angin sisi untuk kurangkan tekanan angin
  • Pelindung bawah enjin (skid plate)

Bentuk depan motosikal ini bukan hanya menarik, tetapi juga berfungsi mengurangkan buffeting, membantu mengurangkan keletihan sepanjang perjalanan jauh.

Elektronik & Instrumen

  • Panel digital moden dengan paparan jelas
  • Sambungan telefon pintar melalui aplikasi Kawasaki Rideology
  • Sistem lampu LED (versi SE dengan lampu isyarat LED & paparan TFT)

Walaupun motosikal ini dalam kategori adventure bajet, ia dilengkapi teknologi moden yang memberi kemudahan dan maklumat tunggangan secara real-time.

Keupayaan Touring

  • Tangki ±16 liter untuk perjalanan jauh
  • Aksesori rasmi seperti pannier, top box, fog lamp dan engine guard
  • Pilihan seat tinggi atau rendah

KLE500 ABS sesuai sebagai motor touring, commuting harian atau motor ekspedisi ringan. Ia mudah diubah suai mengikut gaya penunggan.

Kenapa Kawasaki KLE500 ABS Pilihan Baik

  • Gabungan prestasi dan kawalan yang ideal untuk adventure pertengahan
  • Suspensi long-travel dan roda 21/17 inci sesuai pelbagai permukaan
  • ABS boleh pilih untuk fleksibiliti jalan dan off-road
  • Elektronik moden & keselesaan high-mileage
  • Pakej seimbang antara harga, teknologi dan fungsi

KLE500 ABS menawarkan pengalaman tunggangan adventure tulen tanpa perlu mengorbankan keselesaan harian. Ia direka untuk penunggang yang suka meneroka, sama ada atas jalan raya atau laluan kecil yang tidak diketahui.

Kesimpulan

Jika anda mencari motosikal adventure yang versatil, selesa, dan praktikal untuk kegunaan harian serta perjalanan jarak jauh, Kawasaki KLE500 ABS adalah pilihan yang sangat baik. Dengan enjin moden, casis pintar, ABS boleh pilih, dan ergonomik yang mesra rider, ia sesuai untuk mereka yang ingin mengembara tanpa batasan.

Motosikal ini direka untuk penunggang yang percaya bahawa setiap selekoh mempunyai cerita, dan setiap perjalanan layak diteruskan sedikit lagi sebelum berhenti.

Rencana ini dikarang untuk tujuan perkongsian dan boleh disunting mengikut gaya penulisan peribadi.

Rabu, 19 November 2025

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah. Semalam sempat juga aku ke Serdang Kawasaki untuk proses serahan geran dan thumbprint tukar milik. Jauh juga rasanya ride dari hkl berpandukan LC135 aku, full tank, santai sahaja meluncur dengan kelajuan malar 80–100 km/j di highway. Jalan agak perlahan… kadang aku terfikir, apa yang ada dalam kepala orang yang memandu kereta ni agaknya? ๐Ÿ˜‚

Syukur, semua urusan selesai. Sempat juga pilih aksesori top box, hand guard, radiator cover, windscreen dan sport light. Tapi seperti biasa, kita pasang yang penting dahulu.

Masa sembang dengan sales girl tu:

“Macam mana bang motor hari tu?”
Aku jawab, “Motor kena blacklist sebab saman AES… memang tengah kuatkuasa. Jadi, untuk yang ada saman AES tu, pergilah bayar selagi tengah diskaun.”

Terima kasih dekat Taufiq sebab bayarkan saman tu banyak bantu mudahkan urusan. Aku tanya bila motor boleh keluar. Dia jawab, motor baru sampai pagi tadi. Aku rilek je cakap, “Tak urgent, ambil kemudian… siap kan planning dulu. Nak koyak plastik pun biar ada aura nanti.”

Sales tu senyum sambil cakap, “Ni pun ada orang dah datang, nak keluar hari ni juga.”

Aku hanya senyum kembali. Biasalah… setiap orang memang tak sabar nak keluarkan motor, macam pengantin baru malam pertama. ๐Ÿ˜„

Tapi untuk aku… ini motor ke-8 yang aku keluarkan sepanjang hidup aku. Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan rezeki yang Kau berikan.


Perkongsian ini bukan untuk menunjuk atau rasa besar.
Aku tulis untuk diri aku sendiri dan sahabat yang faham perjalanan aku. Aku biasa kerja keras untuk capai impian sendiri. Tidur dan kerja aku memang tak sama macam orang lain.

“Inline 4 ni siapa je yang tak suka kan?” ya, aku memang minat. Tapi Allah buka pintu hati aku untuk cuba sesuatu yang baru… dan beli.

Terima kasih kepada isteriku yang sentiasa menyokong. Bak kata influencer TikTok tu:
“Beli ikut kemampuan dan jangan nak bikin motor pun minta duit LUU PUNYA PEREMPUAN .”

Alhamdulillah Ya Allah, kerana beri aku kesempatan untuk rasa.

Untuk sahabat-sahabatku, terima kasih sebab sama-sama dengan aku Izu & Lan. Kita tahu perjalanan masing-masing macam mana.


๐Ÿ‘‰ NEXT CHAPTER BEGIN

Start Your Engine…

Selasa, 18 November 2025

Haaa… Motor Kena Blacklist Sebab Saman AES! Ni Cerita Penuh Dia…

Hari Sabtu haritu, tengah elok nak urus motor,

“Cik ada saman ke? Motor ni blacklist.”

Gila wei… sepanjang aku ada lesen, saman aku boleh kira dengan jari. Yang pernah kena:

  1. Saman helmet Wazir yang kena.
    Aku depan pakai helmet, dia belakang tak pakai. Polis tahan, saman atas nama dia.
  2. Saman JPJ masa angkut motor eksiden dekat Seksyen 25.
    Motor aku eksiden, Wazir tolong angkut naik lori bapak dia tapi dia tak ada GDL. Last-last bapak aku yang bayarkan saman tu sebab nak cepat settle.
  3. Saman speed trap di Highway Sungai Besi, arah ke Bangi sekitar 2018.

Yang lain semua saman bini aku. Aku banker part-time. Hahaha.

Tapi yang ni lain macam…
Versys 650 aku sangkut blacklist sebab saman AES owner lama.

Sabtu tu aku terus ke JPJ UTC Pudu. Ramai gila. Beratur hampir 1 jam sebab time rehat. Sampai turn aku, pegawai JPJ cakap:

“Encik tak ada saman. Tapi motor ni tak boleh buat urusan apa pun sebab ada saman AES pemilik lama.”

Habis semua urusan sangkut.

JPJ bagi dua pilihan:

  1. Aku bayar saman tu, atau
  2. Pergi JPJ Wangsa Maju untuk pindahkan saman kepada owner asal.

Of course aku takkan bayar benda yang aku tak buat. Terus aku WhatsApp owner lama:

“Salam bro, mohon settle saman AES. Motor blacklist, saya tak boleh urus apa-apa.”

Nasib baik dia memang gentleman. Malam tu dia reply:

“Bang… salam. Saman settle. Alhamdulillah.”

Fuhhh… baru lega sikit. Penat Sabtu tu memang lain macam.

Sekarang tinggal tiga benda lagi nak setel:

  • Box
  • Geran
  • Thumbprint JPJ

Pesanan ikhlas dari aku:

Kepada sesiapa yang nak jual kenderaan tolonglah check saman masing-masing dulu. Jadi la pembeli & penjual yang bertanggungjawab Dan jujur. Jangan susahkan orang belakang.

Sepanjang aku jual beli kenderaan, aku memang akan check dulu sebelum serah:

  • 1. Kereta MPV aku
  • 2. Kereta bini aku
  • 3. Motor ER6F aku
  • 4. Kereta City Hatchback aku
  • 5. Dan sekarang, motor Versys aku ni

Mudah je kan? Tapi ramai tak buat… last-last buyer yang sengsara.

InshaAllah semua urusan aku selepas ni dipermudahkan.

Kalau korang baca sampai habis salute. Kalau skip pun takpe, janji aku dah lepaskan lelah weekend aku.

Ride safe geng. ✌️๐Ÿ️๐Ÿ’š

Isnin, 17 November 2025

Kawasaki Versys 1100 - RideWithMFI TQ KAWASAKI SERDANG

Test Ride Kawasaki Versys 1100

Catatan rasa pertama bersama touring machine seribu lebih cc... RideWithMFI edition.

Versys 1100 - Ringkasan Spesifikasi

Enjin 1,099 cc inline four dengan anggaran sekitar 135 PS kuasa maksimum dan tork lebih kurang 112 Nm. Tangki 21 liter, roda 17 inci depan dan belakang, dan berat sekitar 254 hingga 259 kilogram bergantung varian. Sesuai untuk rider yang mahu touring bike yang matang, stabil dan penuh karakter.

Versys 650, Versys 1000 dan Versys 1100

Sebelum cerita rasa test ride, elok kita tengok dulu beza kasar antara tiga adik beradik Versys 650, Versys 1000 dan Versys 1100.

Perbandingan Enjin dan Kuasa

Model Enjin Kuasa (anggaran) Tork (anggaran)
Versys 650 649 cc, parallel twin lebih kurang 66 hp lebih kurang 61 Nm
Versys 1000 1,043 cc, inline four lebih kurang 118 hingga 120 hp lebih kurang 102 Nm
Versys 1100 1,099 cc, inline four lebih kurang 135 PS iaitu sekitar 133 hp lebih kurang 112 Nm

Dari angka ini jelas kenapa rasa naik Versys 1100 selepas biasa dengan Versys 650 boleh buat rider senyum sorang sorang. Dari sekitar 65 hp ke lebih 130 hp... memang rasa macam lompat kelas terus.

Varian Versys 1100

Versys 1100 datang dengan tiga varian utama iaitu Standard, S dan SE. Bentuk badan dari depan sampai belakang lebih kurang sama, aura keluarga Versys kekal jelas, cuma peralatan dan teknologi berbeza ikut varian.

Ringkasan Varian

M Anggaran Harga Ciri Utama
Std sekitar RM 65 ribu Varian paling basic. Enjin sama 1,099 cc, ada cruise control dan port jenis USB C. Tiada quick shifter, tiada grip heater dan tiada suspensi elektronik.
S sekitar RM 72 hingga 76 ribu Datang dengan meter TFT, quick shifter, grip heater dan warna hitam dan putih. Suspensi masih jenis biasa, belum elektronik.
SE sekitar RM 82 hingga 85 ribu Varian paling lengkap. Ada suspensi elektronik, quick shifter, grip heater, lampu selekoh dan grafik Versys yang lebih menonjol.

Dari segi rupa, varian Standard dan SE sama sama ada warna kelabu dengan kemasan hijau. Perincian tulisan Versys pada model SE lebih besar dan nampak garang.

Cerita Test Ride Versys 1100

Mula Tekan Starter

Bismillah... bila aku tekan sahaja butang starter, terus kedengaran bunyi vroommm dengan bass yang boleh buat dada bergetar. Bunyi dia ada karakter, ada jiwa dan sangat senang melekat dalam kepala. Memang jenis bunyi yang boleh buat orang susah tidur malam bila dah rasa sekali.

Enjin inline four terasa smooth, tapi dalam masa yang sama masih ada bunyi halus yang mengingatkan aku kepada trademark Kawasaki yang aku dah biasa dengan Versys 650. Cukup lembut untuk nampak matang, tapi masih ada sedikit rasa garang.

Rasa Gearbox dan Throttle

Bila aku masuk gear pertama, terasa betul betul lembut. Gearbox bagi respon yang kemas dan senang dijangka walaupun ini varian Standard. Tiada rasa keras atau kasar.

Tarik sedikit throttle, respon dia sangat sedap. Throttle terasa responsif dan tidak lambat. Bila aku buka minyak, motor terus mara ke depan tanpa ragu. Setiap kali kaki naik gear, rasa tukaran gear bersih dan lancar. Aku bukan jenis suka rev tinggi sangat. Dari dulu lagi bila enjin menjerit terlalu tinggi, aku memang kurang selesa. Tetapi dengan Versys 1100, tanpa perlu rev tinggi pun, tork yang datang sudah cukup untuk buat aku senyum dalam helmet.

Berat Atas Kertas dan Berat Atas Jalan

Atas kertas, berat sekitar dua ratus lima puluh empat kilogram memang nampak besar. Tetapi bila roda mula bergolek, rasa berat itu mula hilang sedikit demi sedikit. Pada kelajuan sekitar enam puluh kilometer sejam, aku sudah mula rasa selesa dengan Versys 1100.

Bila gear masuk dan motor bergerak, badan motor terasa seimbang. Berat yang pada mulanya nampak menakutkan bertukar menjadi rasa stabil. Tukar lorong kiri kanan pun rasa yakin. Handling terasa matang dan sebenarnya tidak terlalu jauh beza dari apa yang aku biasa dengan Versys 650.

Ujian Di Roundabout

Ada dua roundabout yang aku sempat guna untuk menguji cara motor ini masuk selekoh. Bila aku masuk roundabout dan beri sedikit counter steer, motor terus ikut arahan. Tidak melawan, tidak terasa berat dan tidak buat perangai pelik.

Dengan tayar belakang saiz seratus lapan puluh lima puluh lima dan profil sport touring, cengkaman terasa meyakinkan. Motor mudah untuk lean dan rasa masuk selekoh sangat natural. Untuk sebuah motor yang besar, Versys 1100 ini terasa sangat taat bila diberikan arahan.

Windscreen dan Butang Signal

Pada kelajuan sekitar tujuh puluh hingga sembilan puluh kilometer sejam, memang ada sedikit bunyi angin. Itu sesuatu yang logik kerana varian Standard datang dengan windscreen yang lebih kecil. Bagi aku, ia bukan kekurangan yang besar kerana banyak kelebihan lain menutup perkara kecil ini.

Satu perkara kecil yang aku perasan ialah butang signal agak kecil. Jika memakai sarung tangan yang tebal, mungkin ada sedikit kesukaran untuk rasa butang dengan jelas. Benda ini kecil, tetapi sebagai rider, aku tetap berharap ada sedikit penambahbaikan untuk model akan datang.

Sepuluh Minit Yang Melekat Dalam Ingatan

Secara keseluruhan, aku hanya sempat lebih kurang sepuluh minit test ride Versys 1100 varian Standard. Tetapi sepuluh minit itu sudah cukup untuk buat aku rasa aura motor ini masuk dalam jiwa.

Dalam sepuluh minit itu, aku sudah rasa tarikan, keseimbangan badan, bunyi bass, tork dan handling yang membuatkan aku ulang balik semua detik tadi dalam kepala. Maaf Versys 650... aku sayang kau... tetapi Versys 1100 ini berada pada tahap yang lain.

Bila ride tamat, badan memang turun dari motor. Tetapi fikiran masih berada di atas pelana Versys 1100. Balik rumah, susah hendak lelap. Setiap kali pejam mata, terbayang bunyi enjin, tarikan dan rasa bila motor ini senang sahaja ikut arahan masuk roundabout.

Malam itu, seperti yang aku jangka, memang susah hendak tidur...

Kesimpulan

Dari segi rasa dan pengalaman, untuk seseorang yang datang dari Versys 650, Versys 1100 memang terasa seperti dua kali ganda lebih matang dan bertenaga. Kuasa lebih besar, tork lebih padat, badan lebih stabil dan ciri touring lebih meyakinkan.

Varian Standard sudah cukup untuk buat seorang rider tersenyum. Cuma jika bajet mengizinkan dan seseorang itu suka bermain dengan teknologi seperti quick shifter, grip heater dan suspensi elektronik, varian S atau SE memang sangat menggoda.

RideWithMFI . Versys Stories

Ahad, 16 November 2025

FIRST MEETING 14/11/2025 PERANCANGAN RIDE NEXT YEAR

Wehhh… awal siot kalau ikut logik. Tapi kan… kita merancang, Allah yang menentukan. Baik rancang awal daripada nanti kelam-kabut.

Malam tu, lokasi dipilih:
Kedai Makan Haji Yusri Kebab Pakistan.
Tempat ni pun Izu yang cadangkan kebetulan aku memang berada area sini.

Izu paling awal pukul 9:00 malam dah terpacak kat situ.
Aku pula sampai sekitar 9:10–9:15 malam, steady tunggu Lan yang seperti biasa…

“OTW bro… 5 min…”

Ayat trademark Lan.
Padahal aku yakin meter Z900 dia pun belum naik RPM lagi masa tu. ๐Ÿ˜‚

Tiba-tiba kedengaran dari jauh…

“VRROOOOMMMMMMM… DUUUMMMM… DOOOOMMMM…”
Bunyi bass Z900 dari jauh terus menggempur dada. Sound dia naik ikut lorong macam nak runtuh signboard kedai.

Lan pun sampai dengan muka selamba,

“Ala dekat je tadi…”

Lepas semua settle, kami mula meeting.
Borak pasal plan, route dan laluan border.

Cadangan route untuk ride tahun depan:

  • Day 1: Bukit Kayu Hitam → Koh Lanta (2 malam)
  • Day 3: Koh Lanta → Pak Bara (1 malam)
  • Day 4: Pak Bara → pulang ikut Wang Prachan – Wang Kelian Border

Sorang pun tak boleh sembunyikan muka excited.
Aku pun sama bila bincang ride besar, rasa semangat dia memang lain macam.

Dalam hati aku doa semoga perancangan ni jadi kenyataan, dipermudahkan dan diredai Allah.
Kalau jadi, ini bukan ride biasa ini memori yang kita akan ulang cerita sampai tua nanti.

InsyaAllah… kita buat betul-betul. ๐Ÿ️๐Ÿ’š๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, Subhanallah… terima kasih Ya Allah. Hari ini satu lagi ruang kecil dalam hidupku diberi nafas utk blog ini. Semoga setiap perkongsian menjadi cerita yang bermanfaat, memori yang kekal, dan perjalanan yang mendekatkan aku kepada syukur. RideWithMFI terus melangkah.

Hari ini terasa lain… macam ada bab baru yang terbuka sendiri. Tak perlu pun aku cerita panjang, cukup sekadar kata — syukur. Kadang-kadang sesuatu yang kecil pun boleh buat semangat hidup naik balik. Hidup terus berjalan, dan aku ikut… perlahan, tapi pasti.

Khamis, 13 November 2025

9/11/2025 Test Ride Day di Kawasaki Serdang

Catatan dari mfi & angan-angan Versys 1100


9 November 2025, Kawasaki Serdang buat event test ride untuk beberapa model baru. Suasana memang meriah. Aku pula datang naik LC135, sebab si UntaVersys aku tersadai elok bawah garaj motor.

Sampai sekitar 9.20 pagi, aku dah nampak beratur macam-macam model untuk dipandu uji:

  • Versys 650
  • Ninja 1100 SX
  • Versys 1100
  • ZX-6
  • Ninja 650

Masuk je pintu, terus rasa eksited gila. Aku daftar untuk dua model: Ninja 1100 SX dan Versys 1100. Serah lesen, isi borang, dan sempat jugak aku tanya-tanya pasal “trade in unta kesayangan”… saja la, gatal mulut.

Sambil tunggu turn, aku dengan Izu pergi minum dan sarapan. Serdang Motor ni memang terbaik makanan siap sedia, layan tip-top. Belum habis minum pun, nama kami dah dipanggil. Izu dapat test Versys 1100, aku pula test Ninja 1100 SX.

Test Ride: Ninja 1100 SX

Jantung memang berdebar weh. Motor 1100cc, inline-four dan free test ride pulak tu benda bukan senang dapat.

Lepas taklimat ringkas marshal:
“Ikut marshal, patuhi undang-undang.”

Aku baca bismillah, tekan starter…

VRROOOMMM.
Syahdu bunyi inline-four tu. Ni la bunyi yang masa kecik-kecik dulu buat aku toleh setiap kali ada bike besar lalu ZZR1100, ZZR600… legend.

Masuk gear satu… lembut, licin, luncur smooth. Tork dia… perghh, lain dunia. Handling dia… buat aku rasa kecil. Quickshifter dia… syahdu betul, naik turun gear macam tiada halangan.

Marshal kemudian berhenti rehat sampai pukul 12 tengah hari. Turn aku untuk Versys 1100 agak lambat, jadi kami naik tingkat atas tengok merchandise helmet, jaket, kasut, semua tengah promo. Serdang Motor memang tak pernah gagal bab ni.

Izu pilih kasut untuk ride Koh Lanta tahun depan, aku pula cari balaclava baru yang hilang masa kalut cari Izu dan Lan dekat Krabi haritu.

Lepas bayar, turun bawah, minum lagi air free sambil belek-belek motor Kawasaki yang berkilat. Rambang mata weh. Aku gurau dengan Izu, “Pasak je zu… angkat je la.”

Memang betul la orang kata:
Perempuan tengok tudung… lelaki tengok motor.

Tak lama lepas tu, Izu minta diri sebab ada urusan. Tinggallah aku seorang menunggu turn dengan penuh tak sabar.

Test Ride: Versys 1100 (Solo Ride)

“Nash, sorry bro… abg tanya banyak kali dah ni, nama abg dah sampai ke belum?”
Nash balas sambil senyum, “Bang… lagi dua giliran.”

Tepat 1.00 tengah hari, nama aku akhirnya dipanggil oleh Nash reviewer Kawasaki Serdang.

Akhirnya sampai juga turn aku test Versys 1100.

First look tinggi lebih kurang macam Versys 650 aku, berat pun tak jauh beza. Tank 21 liter. Tapi versi yang aku dapat ni varian standard:

  • Tiada quickshifter
  • Tiada grip warmer
  • Tiada electronic suspension

Dalam hati aku cakap, “Takpe la… manual pun ok. Janji enjin 1100.”
Berangan tetap berangan, tapi tak dosa pun kan?

Aku baca bismillah, tekan starter…

VROOOOMMMM.
Sedap gila bunyi dia.

Route sama macam Ninja tadi, tapi feel dia berbeza. Versys 1100 ni memang very nimble, lembut, jinak pada tangan dan aku cepat je sesuaikan diri

maybe sebab aku dah biasa dengan DNA Versys.

Sesekali aku tarik… VROOOMMM.
Perghh… macam naga angry keluar dari peti besi.

Aku termenung sekejap. Hati kata satu benda. Otak kata satu benda. Bahaya weh kalau dua-dua tak sekepala.

Lepas habis test ride, aku duduk sekejap, tarik nafas, dan sebelum balik… sempat jugak tanya value trade in motor aku. Saja je. Saja je.

Tapi dalam kepala aku dah ligat fikir, “Kalau tahun depan harga turun lagi… macam mana ni fie…”

Akhirnya aku start LC135, ride balik rumah sambil senyum sorang-sorang. Badan balik, tapi jiwa tertinggal kat atas seat Versys 1100.

Nantikan sambungan… sebab kepala aku masih tak move on dari test ride hari tu. Terima kasihhhhhhhhh KAWASAKI SERDANG

Isnin, 10 November 2025

Bahagian 21 Perjalanan Pulang: Sempadan Thailand ke Malaysia

Subhanallah, Alhamdulillah. Kami akhirnya menuju ke sempadan Thailand untuk perjalanan pulang. Setelah selesai urusan di imigresen Thailand dan mendapat cop keluar, kami ke kaunter kastam untuk menyerahkan borang di kaunter 8 borang yang katanya boleh menyebabkan denda 10,000 Baht jika gagal dipulangkan. Fuh, jumlah yang besar juga, hampir RM1,300!

Usai urusan di sana, kami bergerak ke imigresen Malaysia. Kali ini suasana tidak sesak, mungkin kerana hari Isnin. Selesai semua urusan, kami menghela nafas lega “Welcome back to tanah tumpahnya darahku, Malaysia.” Syukur, perjalanan panjang ini hampir sampai ke penamatnya.

Kami singgah sebentar di stesen BHP untuk membeli air dan menambah minyak. Cuaca siang itu agak panas, namun perjalanan tetap diteruskan dengan kelajuan malar kadang kala melebihi sedikit dari biasa, tapi dengan langkah berjaga-jaga. Aku sering memerhati pemandu lori dan bas yang menukar lorong dengan pantas, namun mengambil masa lama untuk kembali ke laluan asal. Kadang-kadang terasa seperti sengaja melengah-lengahkan kami di belakang.

Aku teringat pepatah lama, “Jangan biarkan orang memaki atau menyumpah kita, kerana jika genap 40 orang melakukannya, doa mereka boleh menjadi nyata.” Semoga para pemandu yang cuai diberikan kesedaran agar tidak membahayakan orang lain di jalan raya.

Setelah melepasi kawasan Pulau Pinang, trafik semakin sesak mungkin kerana ramai baru pulang dari kerja. Kami akhirnya terpisah di lebuh raya. Rancangan asal untuk berhenti di Taiping tidak kesampaian kerana tiada stesen minyak berdekatan. Kami meneruskan perjalanan dan menunggu Lan di hentian rehat berikutnya.

Di R&R Sungai Buloh, kami akhirnya berkumpul semula. Lan muncul sambil ketawa, katanya baju hujan dia tercicir di tengah jalan berhampiran Sungai Perak! Dia sempat berhenti dan beritahu penjaga tol di situ supaya mengambil baju hujan tersebut. Katanya, tak mengapalah “biarlah tinggal di sana.” Kami semua tergelak besar mendengar kisah itu.

Di situlah titik terakhir ride kami untuk Krabi 2025. Kami bersalaman, saling memohon maaf dan halalkan segala makan minum sepanjang perjalanan. Dalam hati, aku berdoa agar persahabatan ini terus kekal, dan semoga next ride Koh Lanta 2026 akan menjadi kenyataan, insya-Allah.

“See you again,” aku menulis sambil tersenyum. Catatan ini mungkin akan disambung lagi kisah kecil tentang persiapan motosikal sebelum long ride seterusnya, khas buat Izu si abang long, dan Lan si adik bongsu. Terima kasih atas kenangan yang tidak ternilai. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang di bumi Siam. Semoga kita terus menulis kisah di atas jalan raya

bersama lagi.

Bahagian 20 Hat Yai, Bandar Mini Malaysia

“Tanpa pelancong dari Malaysia, Hat Yai tidak akan semeriah ini,” kata seorang pemandu Grab ketika kami berbual di dalam keretanya. Katanya lagi, hampir 60 hingga 70 peratus pelancong di sini datang dari Malaysia, selebihnya dari Singapura dan China. Tidak hairanlah bandar ini digelar Bandar Mini Malaysia.

Kami tiba di guesthouse sekitar jam 3.59 petang waktu Thai. Badan terasa penat selepas perjalanan panjang, dan kami segera berehat serta menyelesaikan urusan daftar masuk. Namun sebelum tiba di hotel, beberapa insiden sempat mencemaskan kami di jalan raya.

Pertama, aku hampir dilanggar oleh seekor anjing gila yang tiba-tiba mahu melintas jalan. Jantung terasa seolah-olah berhenti seketika. Aku segera menekan brek depan dan belakang, terasa tayar belakang mula mengunci. Alhamdulillah, tayar PR6 berfungsi dengan baik dan aku berjaya mengawal motosikal tanpa sebarang kemalangan.

Kedua, motosikal Izu mengalami masalah apabila volt meter semakin menurun. Aku terus menegur Izu dan mencadangkan supaya dia menghantar motosikalnya ke bengkel. Izu hanya mengangguk dan kami sepakat untuk berehat dahulu sebelum ke sana.

Pada sebelah malam, kami keluar ke Hat Yai Night Bazaar tempat yang penuh dengan warna, bau makanan jalanan, dan deretan pakaian serta cenderamata. Kami membeli beberapa barangan untuk buah hati masing-masing. Suasananya seperti di “Downtown” meriah, mesra dan sibuk dengan pelancong dari pelbagai negara.

Keesokan paginya, kami ke Kim Yong Market untuk membeli kacang, buah kering dan ole-ole buat keluarga di Malaysia. Sebelum pulang, kami singgah di sebuah gerai nasi Khao Mok memang benar kata orang, yang tidak viral itulah biasanya lebih sedap.

Sementara menunggu Izu mengambil motosikalnya dari bengkel, aku dan Lan sempat mencuci motor di sebuah kedai di Hat Yai. Cajnya sekitar 350 Baht agak berbaloi dengan hasilnya, walaupun masa menunggu hampir dua jam. Setelah selesai, kami menuju ke Sadao dan singgah sebentar di kedai makan popular yang sering menjadi persinggahan para rider. Lan juga sempat ke 7-Eleven membeli burger untuk keluarganya.

Akhirnya, kami menghampiri sempadan Thailand–Malaysia. Perjalanan panjang ini hampir ke penghujungnya. Banyak kisah, pengalaman, dan kenangan yang kami bawa pulang bukan sekadar dari jalan yang dilalui, tetapi dari persahabatan dan semangat yang terjalin sepanjang perjalanan.

Bahagian 19
Highway 44 ke Hat Yai

Pagi itu selepas menikmati sarapan di kedai nasi lauk berhampiran hotel, kami bertiga bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Hat Yai. Destinasi seterusnya menuntut kami menempuh satu lagi laluan yang cukup misteri iaitu Highway 44, jalan yang masih segar dalam ingatan selepas kisah malam semalam yang diceritakan oleh Lan. Walaupun begitu, perjalanan mesti diteruskan.

Sejurus keluar dari kawasan bandar, laluan lurus Highway 44 terbentang di hadapan sejauh hampir 80 kilometer dengan pemandangan yang benar-benar memukau. Subhanallah, keindahan bumi ciptaan-Nya terasa jelas ketika angin pagi menyapa muka dan matahari mula meninggi.

Kami menukar mod tunggangan ke manual cruise, menikmati setiap kilometer dengan tenang sambil melihat kehijauan kiri dan kanan jalan yang tidak berpenghujung. Tiada kesesakan, tiada gangguan, hanya bunyi enjin dan deruan angin menemani.

Beberapa puluh kilometer kemudian, kami singgah sebentar di sebuah petrol station kecil untuk mengisi minyak dan meregangkan kaki. Setelah itu, perjalanan diteruskan menuju ke Highway 41, dan cuacanya kali ini jauh lebih bersahabat, tidak seperti hari sebelumnya yang hujan. Jalan lancar, mood kembali segar dan semangat untuk sampai ke Hat Yai makin membara.

Jumaat, 7 November 2025

Bahagian 18 Day 2 at Ao Nang

Malam tadi rasa macam mimpi pelik. Kami semua tidur berhimpit atas satu katil! Hahaha, padat betul, tapi masing-masing dah terlalu penat. Bila terjaga pagi tu, badan rasa masih sengal, tapi semangat tetap ada sebab pagi ni aku ada presentation.

Tepat jam 8.00 pagi waktu Thai, aku dah siap masuk kelas untuk bentang dua tajuk. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan lega bila selesai. Lepas tu, aku keluar cari sarapan… sayangnya kedai viral yang aku intai semalam tutup pula. Kempunan nak makan nasi Kaomok dan karbu. Takpelah, janji dapat pusing-pusing sekitar Ao Nang pagi ni.

Sambil tunggang motor, aku perasan ada bunyi pelik dekat disk brek rupanya pasir halus banyak melekat! Patutlah malam tadi aku ingat bunyi hantu bergayut, rupanya pasir! Hahaha. Lepas tu aku balik, mandi, rehat, dan sempat check motor pagi ni.

Petang pula aku lepak tepi pantai, jalan-jalan cari merchandise Krabi, dapatlah beli sedikit-sebanyak barang kenangan. Bila matahari dah reda, aku mandi pool, kemudian malamnya kami keluar ke Ao Nang Night Market untuk makan malam dan cuci mata.

Alhamdulillah, makanan semua sedap dan suasana meriah. Tamatlah Day 2 di Ao Nang

hari yang tenang, penuh gelak tawa, dan sedikit pasir yang buat kecoh! ๐ŸŒŠ๐Ÿ️๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ญ

masih xsmpt nk update tunggu yaa.. panjang lagi cite ni..

Rabu, 5 November 2025

Bahagian 17 Misteri Highway 44 Tamat di Ao Nang

Siap mandi air panas, kami turun ke bawah lapar beb! Perut dah berkeroncong dari petang tadi. Tapi semangat dan usikan “hantu Siam” langsung tak kacau kepala kami malam tu. Sampai je kedai bawah hotel, kami disambut oleh mek Patani yang comel senyum manis, “Abe makan apa abe?” katanya dengan loghat selamba yang buat kami bertiga tergelak kecil.

Kami pun terus pesan nasi putih, tomyam udang, ikan siakap stim limau, sayur campur, telur dadar… pendek kata, semua keluar atas meja. “Makan weh, jangan tinggal,” aku cakap sambil gelak. Lapar punya pasal, masing-masing tak toleh kiri kanan. Suasana tenang, cuma bunyi hujan renyai di luar dan muzik Thai perlahan jadi latar makan malam kami.

Tengah makan, kami mula cerita balik apa yang jadi malam tadi. Rupanya kami memang merentas hutan tebal sepanjang Highway 44 tu sekitar pukul 7 malam waktu Thailand lebih kurang 8 malam waktu Malaysia. Izu buka cerita dulu, “Wehh, seram aku tunggu kat simpang lepas potong lori panjang tu, dah gelap, sejuk, sunyi… lama gila korang tak muncul,” katanya sambil geleng kepala.

Aku jawab, “Memang tak boleh potong weh, kon kiri kanan, jalan dua hala. Kalau salah potong, habis.” Semua angguk setuju. Tapi tiba-tiba Lan buka cerita yang buat kami terus senyap “Ko nampak tak kenapa aku laju sangat potong korang tadi?” Aku pandang dia, “Kenapa weh?” Lan tarik nafas, suara dia perlahan, “Aku nampak benda putih melayang… dari depan jalan tu naik ke atas. Lalu depan aku.”

Kami semua terus terdiam. Meremang weh. Aku rasa bulu tengkuk berdiri masa tu. Izu terus tunduk, “Entah apa la yang kita langgar tadi…” katanya perlahan. Kami semua pandang satu sama lain, masing-masing cuba buat lawak nak hilangkan rasa seram, tapi dalam hati memang terasa lain macam.

Malam tu kami tidur sekatil walaupun bilik ada dua. Bukan sebab takut sangat tapi sebab dah penat gila. Baju semua basah, badan lesu, kepala berat. Lampu bilik kami biar terbuka, hujan gerimis masih kedengaran di luar. Maklumlah… musim low season, Ao Nang sunyi dan kami baru lepas melalui malam paling misteri dalam hidup kami di Highway 44.

Bahagian 16 Misteri di Penghujung Highway 44

Uihh… makin dekat dah dengan simpang. Dalam hati rasa lega sebab dah nak keluar dari Highway 44 yang panjang gila ni. Tapi masa tu, motor aku pulak buat hal. Tiba-tiba ada bunyi macam benda sangkut kat disc “zring… zing…” kuat pulak tu. Aku terfikir, “adehh… ape benda ni, ada hantu tersangkut ke?” Pastu aku cepat-cepat betulkan fikiran, “ehh Fie, kau ni mengarut betul.” Tapi sumpah, bulu roma naik kejap.

Aku pun roger dalam intercom, “Wei, motor aku ada something la, bunyi kuat kat depan.” Sampai Lan pun jawab, “Haah, dengar wei!” Aku cuba tenangkan hati, tapi makin lama bunyi tu makin kuat. Kami dah makin barai weh, tapi tetap ride juga sebab tekad nak sampai Krabi, Ao Nang malam ni juga.

Masing-masing senyap, macam semua tengah dalam kepala sendiri waktu tu. Siang tadi rancak ketawa, sekarang semua jadi sunyi. Aku tengok navigator, tiba-tiba dia suruh aku masuk jalan dalam aduh, sumpah weh aku rela hadap jem dari masuk kebun getah dah ni, memang tak sanggup. Aku terus cakap, “Aku ikut jalan luar je, tak nak masuk kebun ni.” Diorang pun ikut je dari belakang, masing-masing macam faham suasana dah lain.

Bila dah dekat nak masuk Krabi, aku dengan Izu terlepas simpang. Izu kat depan aku, Lan berhenti kejap kat belakang. Tak lama lepas tu satu benda misteri jadi dalam intercom kedengaran bunyi brek kuat gila, bunyi dia lain macam. Aku terus cakap kat Lan, “Jom Lan, tengok Izu!” Kami pusing keluar, tapi bila tengok sekeliling… Izu tak nampak.

Aku berpusing cari dia, tapi tiba-tiba Lan pulak hilang. Aku cuba call Lan, tak angkat. “Ahhh sudah… Misteri di Krabi,” aku cakap sorang-sorang. Perasaan masa tu campur antara risau, letih, dan takut. Aku terus ke hotel sebab sebelum ni dah bagitahu lokasi penginapan. Dalam hati harap sangat dorang dah sampai dulu.

Sampai hotel, aku duduk sekejap lapar weh, sejuk pun ya. Tengah tunggu, tiba-tiba dapat call dari Izu. “Fie, motor aku tak boleh start, mati tiba-tiba.” Aku terus jawab, “Bagi location sekarang!” Aku pun terus pusing balik dari hotel, cari dia. Jumpa Izu tengah tepi jalan, masa tu muka dia pun nampak letih gila. Aku bantu tolak sikit dan bawak dia balik ke hotel.

Tapi on the way balik tu, satu benda lagi jadi Izu tiba-tiba hilang sekali lagi dari cermin sisi aku. “Nahhh… hantu Mak Limah tak bagi kami sampai Krabi ke ni?” aku cakap dalam hati, dah tak tahu nak gelak ke takut. Aku roger, “Aku terus ke hotel, ikut je location aku, Zu!” Nasib baik lepas lima minit aku sampai, Izu pun muncul. Alhamdulillah, lega weh. Tapi yang paling aku risau Lan. Call tak dapat, mesej pun tak balas.

Aku duduk termenung, doa dalam hati, “Ya Allah, temukan kami bertiga malam ni juga.” Tak lama lepas tu, telefon berbunyi panggilan WhatsApp masuk. Nama Lan tertera. Aku terus angkat, “Alhamdulillah! Lan, mana kau wehhhhh!”

Lan jawab dengan suara serak, “Aku okay… nanti aku cerita.” Malam tu kami semua sampai Krabi dengan penuh tanda tanya apa sebenarnya jadi kat Highway 44 tadi… cuma Allah yang tahu.

``` Lan akhirnya jawab dengan suara serak tapi tenang, “Aku pakai WiFi kedai kat Ao Nang ni… ni je cara nak call kau. Hset satu lagi dah padam.” Aku terdiam sekejap “Hah, dah sampai??” Rasa lega tapi dalam masa sama bulu roma masih tegak. Aku sempat cakap dalam hati, “Dahhh tiba… antu kacau la ni… antu nak… jgn kacau kami… hahaha,” cuba redakan suasana dengan gurauan sendiri.

Tanpa fikir panjang, aku terus keluar semula cari Lan. Jalan di Ao Nang dah mula sibuk dengan lampu-lampu kedai dan bunyi muzik dari restoran tepi jalan. Bila nampak kelibat Lan depan kedai, aku terus gelak kecil sambil rasa lega gila. “Wehh, ingatkan kau hilang terus tadi bro,” aku cakap sambil tepuk bahu dia. Lan cuma senyum penat, “Weh, aku pun tak tau apa jadi tadi… tiba-tiba semua gelap, intercom pun senyap.”

Aku tarik nafas panjang, pandang sekeliling. Alhamdulillah… akhirnya kami bertiga sampai juga ke Ao Nang walau macam-macam jadi sepanjang Highway 44 tadi. Aku cakap pada Lan, “Xpe lah, janji semua selamat. Aku check-in ni dulu, pastu kita makan besar malam ni.”

Lan gelak kecil sambil angkat helmet, “Set, jom makan besar weh. Kita hidup lagi malam ni.” Kami pun sama-sama ketawa, walaupun dalam hati masih terbayang misteri gelap kat Highway 44 tadi. Tapi malam tu… kami janji satu esok ride tetap on, tapi jangan lalu situ lagi dah.

```

Bahagian 15 Hujan Lebat di Tengah Lebuhraya 44

Awan menung tebal, berarak perlahan dengan musim low season ni. Huyooo, kejap-kejap mata pandang kat navigator, pastu tengok awan gelap... seriau weh. Ledak la pelan-pelan, Highway 41 yang menghubungkan ke Surat Thani ni banyak betul lori, dan kadang-kadang tak perasan dua baris sekali.

Ok geng, sikit lagi nak sampai simpang ke Highway 44 ni. Memang gelap, hujan, basah kami redah je. Highway 44 ni sejauh lebih kurang 80 kilometer sebelum sampai ke simpang yang menghala terus ke Krabi. Jauh beb, tapi inilah laluan utama yang kami kena tempuh sebelum boleh rehat betul-betul nanti.

Akhirnya simpang yang ditunggu-tunggu dah tiba jalan besar Highway 44. Huyooo gelap melekat walaupun baru pukul enam lebih waktu tu. Langit hitam pekat, hujan masih mencurah. “Aduss... apa pulak ni, lori banyak lalu betul.” Jalan pun mula perlahan sebab air bertakung dan pandangan kabur. Tengah berderet lori depan kami panjang barisannya, semua jalan perlahan. Dan laa... memang tak boleh nak potong sebab laluan ni sehala. Kiri kanan penuh dengan kon, tambah pula lencongan jalan ke arah Surat Thani tengah dibuat. Memang kena sabar je, ikut rentak lori-lori tu.

Dalam hati aku dah mula bosan, “punya la jauh nak redah ni.” Aku sempat jerit kat Izu, “Ko lead la dulu bro!” Izu pun terus mencelah ke depan, Lan follow dari belakang aku. Kami bertiga terus kekalkan formasi sebab takde ruang nak potong langsung, line rapat dan licin. Izu sempat roger, “Xpe geng, nanti aku tunggu depan!” Kami masa ni dengan penat dan lapar yang datang serentak, tapi mode ride masih on. Redah je walau hujan makin berat. Tak lama lepas tu nampak Izu tunggu tepi jalan, lampu hazard berkelip.

Hujan mencurah, pemandangan kabur. Aku sampai dan jerit, “Lama weh aku tunggu, dah gelap, sejuk... lori tu slow betul!” Izu gelak kecil sambil angkat tangan, “Aku tunggu kat simpang, ingat korang dah lepas tadi.” Kami bertiga gelak kecil dalam lelah basah, sejuk, tapi masih semangat. Highway 44 terbentang panjang, 80 kilometer lagi nak ditelan malam. Angin kuat, bunyi enjin jadi muzik latar. Dalam kepala cuma satu teruskan, sampai Krabi malam ni juga.

Lepas je potong lori tu, kami terus full throttle tapi tetap dalam kadar yang selamat. Kadang aku depan, kadang Izu tengah, Lan pulak belakang. Lampu spotlight Lan ni terang betul, sampai silau kena kat visor aku.

Aku pun roger, “Lan, kalau aku depan atau Izu, tutup jap spotlight tu bro, ikut je kami dari belakang.” Lan jawab dari intercom, “Okk, copy!” Tengah fokus menunggang dalam hujan lebat di tengah hutan Highway 44 ni, pandangan makin kabur, air hujan memercik ke baju hujan, jalan lurus panjang tak nampak hujung.

Tiba-tiba nampak Lan laju meluru ke depan, potong kami berdua macam ada sesuatu. “Haah? Dah kenapa ni?” aku dah mula fikir bukan-bukan. Dalam kepala terus lintas, “Dia nampak benda ke ni?” Lan tak cakap apa-apa, tak ada roger pun masa tu. Izu pun senyap, cuma kedengaran bunyi angin dan hujan dalam intercom. Aku dah mula rasa seram sejuk. Dalam gelap, cuma nampak cahaya ekzos dan lampu belakang motor.

Semua diam dalam set intercom. Sunyi. Hanya Izu tiba-tiba bersuara perlahan, “Wei, kalau ada tempat isi minyak nanti roger eh…” Suara dia tenggelam dalam bunyi hujan dan deruan enjin. Kami teruskan juga perjalanan, dalam hati masing-masing macam dah tahu malam ni panjang, dan Highway 44 ni bukan sekadar jalan biasa.

Aku cakap, “Ok Zu…” masa tu memang glove dah basah habis. Sejuk weh, sampai ke tulang. Hujan masih tak berhenti, cuma renyai tebal-tebal yang buat jari rasa kebas. Lan diam je dari tadi, tak ada bunyi langsung dalam intercom. Simpang ke petrol station dah makin dekat.

Aku bagi signal ke kiri, harap ada tempat berteduh sikit nak isi minyak dan lap visor. Izu dari belakang dah mula bersuara marah, “Wehh… apa hal kereta ni! Slow tapi duduk tengah jalan, tak pasang lampu pulak tu!” Aku dengar suara dia dalam nada terkejut bercampur geram. Aku pun spontan gelak kecil dalam seram.

Kami pun berhenti jap kat stesen minyak yang kecil, lampu samar-samar je menyala. Aku cakap, “Isi minyak jap, pastu perah glove, dah macam span dah ni.” Izu angguk, Lan pun turun motor perlahan, nampak dia macam masih termenung. Aku semak balik trip meter, “Range dalam 25 kilometer lagi nak keluar dari Highway 44.” Hujan dah mula berhenti tapi udara tetap sejuk menggigit.

Tiba-tiba Lan bersuara perlahan, “Seram weh… seram.” Aku terus pandang dia nada dia lain macam. Dalam hati aku dah agak dah, mesti ada sesuatu yang ganggu Lan masa dia potong tadi. Aku tak berani tanya terus. Aku cuma tunduk, perah glove, dan bisik dalam hati “Ya Allah, lindungilah kami sepanjang perjalanan ni…”

```

Selasa, 4 November 2025

Bab 14: Menuju Highway 44 Misi Redah Awan Gelap

Jarak ke Highway 44 masih berbaki 184 kilometer lagi. Cuaca mula mendung, langit nampak berat tanda hujan bakal turun. Dalam kepala dah terfikir hampir dua jam juga nak sampai ke persimpangan ni. “Huhhh... boleh ke kami ni?” aku terdetik dalam hati.

Laluan kali ni memang mencabar, sebab kalau ikut Maps dan Waze, baki perjalanan keseluruhan masih lebih kurang empat jam lagi. Jadi kira mudahnya dua jam ke Highway 44, tambah lagi dua jam ke destinasi akhir. Gila juga ni, tapi inilah cabaran ride sebenar.

Tengah-tengah perjalanan, hujan lebat mula turun. Kami berhenti di satu stesen minyak yang masih belum siap sepenuhnya. Tempat tu macam tapak baru buka belum ada kedai, cuma bumbung je yang dah siap.

Jam masa tu dah pukul 5 petang waktu Siam. Aku tengok muka kawan-kawan, semua senyum kelat. “Adus... ni kerja gila. Santai sangat sampai tersangkut hujan,” aku cakap sambil geleng kepala.

Kami pun cepat-cepat pakai baju hujan. Angin makin kuat, tapi semangat masih utuh. Lepas siap bersiap, aku pandang ke depan dan laungkan dalam interkom:

“Bismillahhh... jom, on the bike kawan-kawan!”

Enjin dihidupkan semula, deruman motor bergema dalam hujan. Laluan menuju Highway 44 menanti kami basah, gelap, tapi penuh semangat.

Bab 13: Cowboy Town Rehat Sebelum Ribut

Pukul 3:08 petang waktu Thai, akhirnya kami sampai di Cowboy Town. Tak lama sangat pun perjalanan dari 7E tadi, tapi serius aku rasa enjoy gila ride dengan diorang ni.

Jujur aku cakap, kalau nak betul-betul kenal kawan, kena bawa jalan jauh-jauh macam ni. Kat situ baru nampak perangai masing-masing bila panas, penat, lapar, mengantuk. Tapi nasib baik geng aku ni semua steady. Kami ni orang lelaki, jenis depan sama belakang pun sama

tak pura-pura, tak drama.

Sampai je, suasana Cowboy Town memang lain. Ada gaya western vibe sikit, dengan hiasan topi koboi, kayu, dan muzik perlahan. Kami pilih meja tepi dinding, tempat redup. Izu sempat order nugget dan kentang goreng, katanya masih kenyang tapi nak alas perut sikit.

Sambil tunggu makanan, kami sempat ambil dua tiga gambar kat sini senyum, gelak, gaya konon koboi Thailand. Memang kelakar kalau tengok balik nanti.

Semua nampak tenang dan ceria... tapi siapa sangka, lepas ni akan ada satu cerita “misteri” yang kami sendiri tak jangka.

Jeng jeng jeng… ๐Ÿ˜…

Bab 12: Menuju ke Route 41 Cowboy Town

Kami berhenti sekejap, lebih kurang 30-45 minit kat sini. Lepas tu bersiap untuk sambung perjalanan. Destinasi seterusnya kami nak ke Route 41, Cowboy Town. Mungkin boleh singgah nanti untuk makan ringan dan ambil suasana.

Lan nampak excited betul kali ni. Aku pula rasa macam tenaga dah kembali, jadi aku ambil alih posisi lead untuk ride seterusnya. Bunyi enjin mula bergema lagi, vrooom... dan kami pun terus ke arah Route 41.

Perut masih kenyang, angin panas siang mula terasa. Tengok jam dah 2.24 petang waktu Thai. Masih jauh lagi nak ke Krabi, tapi kami tak kisah. Perjalanan ni memang untuk dinikmati. Sekejap-sekejap berhenti minum kopi, borak santai, ketawa kecil semua tu jadi sebahagian daripada pengalaman.

Dalam hati aku terdetik, genetik “zzrian” masih kuat dalam diri gaya santai, enjoy setiap detik, dan macam dah jadi budaya “zzrianz” pulak dalam ride kali ni.

“Ok jom gerak,” kata aku sambil tarik throttle dan pandang depan.

Bab 11: Jalan ke Phatthalung 7E Fuji Thai

Vrooom! Kenderaan berat makin banyak, lori dua lapis kiri kanan. Jalan ni memang kena hati-hati, terutama untuk yang pertama kali masuk Thailand dengan motor.

“Hati-hati geng, u-turn depan tu bahaya sikit,” aku pesan dalam interkom.

Laluan nampak mudah tapi kadang ada simpang mengejut dan u-turn tanpa papan tanda jelas. Cuaca pun dah mula terik, tapi angin panas yang menyapa tu tetap buat hati seronok.

Perjalanan nak sampai ke destinasi makan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sambil ride, kami layan had laju kebangsaan Thailand. Dalam interkom kedengaran lagu Thai berentak rancak du du du tu tam… memang layan habis.

Sesekali Lan cuba buat lawak, pecah juga ketawa kami dalam helmet. Tapi tengah-tengah tu aku perasan sesuatu

aku tak dapat location sebenar 7E yang dicari. GPS aku tunjuk arah lain.

“Lan, aku punya Waze sesat tempat lain ni. Kau set dan lead ya,” aku cakap dalam set interkom.

Lan pun ambil alih dan akhirnya kami berjaya sampai ke lokasi sebenar 7-Eleven Fuji Thai. Masa tu kawasan agak lengang, tak ramai orang.

Lan terus sibuk parking dan ambil gambar, memang cargas betul dia. Aku dan Izu pula masuk dalam 7E, nak sejukkan badan. Beli burger dan air mineral, panas betul tengah hari tu.

Sambil makan, aku tengok sekeliling. Ramai juga yang berhenti singgah. Ada team bikers dari Penang yang kami sempat bersembang, dan tak jauh dari situ ada team Mitsubishi Evo, dua tiga biji berderet parking. Mungkin ada event atau convoy juga kat kawasan ni.

Kami tak fikir panjang, layan je suasana, hirup udara luar negara dengan rasa syukur dan puas.

“Ermmm… layan je lah,” aku cakap perlahan sambil senyum di dalam 7e.

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...