Bab 9 (Sawadikapppppp) Kastam Thai Proses Laju & Teratur
Lepas urusan imigresen selesai, semua dokumen aku simpan balik elok-elok dalam box pasport, borang TM2/TM3, insurance, semua cukup. Lepas tu kami terus menghala ke bahagian kastam Thailand, celah-celah di antara van dan bas yang tengah beratur. Cuaca dah mula panas, tapi semangat masih tinggi.
Sampai di kawasan kastam, ada tempat khas untuk parkir motosikal. Kat sini nampak memang ada perubahan undang-undang dan sistem baru nampak lebih efisien berbanding dulu. Dulu kadang kelam-kabut, tapi kali ni aliran dia lebih tersusun.
Kami pun bersedia sediakan pasport, geran motor original dan dokumen sokongan. Aku memang agak risau tentang geran motor original yang aku bawa takut hilang atau tercicir Mereka nak tengok yang original untuk semak nombor casis dan pendaftaran motor. Jadi memang kena bawa ori, cuma simpan elok-elok dalam plastik atau folder khas supaya tak basah atau tercicir.
Lepas sediakan semua, kami pergi ambil nombor giliran di kaunter tepi. Duduk bawah bumbung sementara tunggu nombor dipanggil. Rasa macam kat pejabat pos semua orang pegang fail masing-masing, muka serius tapi dalam hati semua tak sabar nak lepas border.
Tak sampai 30 minit, nombor kami pun muncul di skrin. Pegawai panggil, semak semua dokumen, tengok nombor plat cop sikit borang kastam yang perlu dipulangkan semula dikaunter 8 bila balik nanti dan siap! Laju dan mudah. Memang terbaik sistem baru ni, nampak mereka betul-betul dah perkemas urusan kastam untuk rider.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan