Bahagian 19 Highway 44 ke Hat Yai
Pagi itu selepas menikmati sarapan di kedai nasi lauk berhampiran hotel, kami bertiga bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Hat Yai. Destinasi seterusnya menuntut kami menempuh satu lagi laluan yang cukup misteri iaitu Highway 44, jalan yang masih segar dalam ingatan selepas kisah malam semalam yang diceritakan oleh Lan. Walaupun begitu, perjalanan mesti diteruskan.
Sejurus keluar dari kawasan bandar, laluan lurus Highway 44 terbentang di hadapan sejauh hampir 80 kilometer dengan pemandangan yang benar-benar memukau. Subhanallah, keindahan bumi ciptaan-Nya terasa jelas ketika angin pagi menyapa muka dan matahari mula meninggi.
Kami menukar mod tunggangan ke manual cruise, menikmati setiap kilometer dengan tenang sambil melihat kehijauan kiri dan kanan jalan yang tidak berpenghujung. Tiada kesesakan, tiada gangguan, hanya bunyi enjin dan deruan angin menemani.
Beberapa puluh kilometer kemudian, kami singgah sebentar di sebuah petrol station kecil untuk mengisi minyak dan meregangkan kaki. Setelah itu, perjalanan diteruskan menuju ke Highway 41, dan cuacanya kali ini jauh lebih bersahabat, tidak seperti hari sebelumnya yang hujan. Jalan lancar, mood kembali segar dan semangat untuk sampai ke Hat Yai makin membara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan