Selasa, 4 November 2025

Bab 14: Menuju Highway 44 Misi Redah Awan Gelap

Jarak ke Highway 44 masih berbaki 184 kilometer lagi. Cuaca mula mendung, langit nampak berat tanda hujan bakal turun. Dalam kepala dah terfikir hampir dua jam juga nak sampai ke persimpangan ni. “Huhhh... boleh ke kami ni?” aku terdetik dalam hati.

Laluan kali ni memang mencabar, sebab kalau ikut Maps dan Waze, baki perjalanan keseluruhan masih lebih kurang empat jam lagi. Jadi kira mudahnya dua jam ke Highway 44, tambah lagi dua jam ke destinasi akhir. Gila juga ni, tapi inilah cabaran ride sebenar.

Tengah-tengah perjalanan, hujan lebat mula turun. Kami berhenti di satu stesen minyak yang masih belum siap sepenuhnya. Tempat tu macam tapak baru buka belum ada kedai, cuma bumbung je yang dah siap.

Jam masa tu dah pukul 5 petang waktu Siam. Aku tengok muka kawan-kawan, semua senyum kelat. “Adus... ni kerja gila. Santai sangat sampai tersangkut hujan,” aku cakap sambil geleng kepala.

Kami pun cepat-cepat pakai baju hujan. Angin makin kuat, tapi semangat masih utuh. Lepas siap bersiap, aku pandang ke depan dan laungkan dalam interkom:

“Bismillahhh... jom, on the bike kawan-kawan!”

Enjin dihidupkan semula, deruman motor bergema dalam hujan. Laluan menuju Highway 44 menanti kami basah, gelap, tapi penuh semangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...