Isnin, 3 November 2025

Bahagian 7: Versys, er6f, z900 ke Changlun

Kawaway ke Changlun, basah sejuk, lencun habis. Ride spender basah memang real weii! Kecut segala jari yang ada. Pukul 5.00 pagi kami sampai di Changlun Chalet. Sampai je, terus parking motor, buka topi keledar, dan masing-masing tarik nafas lega. Badan dah kebas, tapi hati puas.

Masuk bilik, terus mandi air panas. Fuh, nikmat tak boleh digambarkan. Lepas tu kene rokok sebatang sambil dengar azan Subuh berkumandang. Selesai solat, terus baring, dan entah bila mata terlelap pun tak sedar. Sedar-sedar, Lan dah bersuara dari hujung katil, “Daus, sini ada dryer tak?”

Hahaha kalau ada hair dryer pun cantik juga buat kering kasut dan stoking. Tapi idea Lan ni memang luar biasa dia boleh pergi guna seterika! Katanya, “Janji kering bro, cara tetap cara.” Gelak aku dengar explaination dia, basah-basah pun masih sempat buat lawak. Memang lawak tahap legend!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RideWithMFI | Betong – Rehat, Jumaat & Doa Musafir (Part 2) 30 Januari 2026 “Dalam musafir ini, bukan sekadar jalan yang jauh… tapi...